Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Tarikh EPL 2021 2022 Akan Bermula - Serta Tarikh Pintu Perpindahan Ditutup

Musim 2020 - 2021 adalah musim yang luar biasa buat peminat EPL.  Man City menjulang kejuaraan EPL musim ini dengan hampir kesemua perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penonton berikutan penularan pandemik Covid 19.  Everton mengakhiri liga di tempat kesepuluh, sekaligus terlepas slot ke Eropah manakala Liverpool berjaya menduduki tangga ketiga EPL walaupun pada mulanya mereka dijangka terlepas slot UCL pada pertengahan musim berikutan prestasi buruk.  Hala tuju sekarang tertumpu ke musim hadapan dan kelab kini sedang berehat sebelum bersambung semula Julai hadapan.  Permulaan EPL Musim 2021 2022 Liga EPL musim hadapan dijangka bermula pada Sabtu 14 Ogos 2021. Ini bermakna sepakmula akan dilakukan hanya sebulan selepas kejohanan Euro, dengan ketika itu masing masing pemain yang kembali dari tugasan antarabangsa dan bersedia untuk mengekalkan kecergasan. Hari terakhir EPL 2021 / 2022 akan berlangsung pada 22 Mei 2022. Jadual EPL 2021 - 2022 Jadual perlawanan EPL musim hadapan hanya ak

Liverpool Tidak Berhasrat Untuk Mendapatkan Pemain Remaja Ghana Abdul Fatawu Ishahaku

Terdapat laporan di Ghana mendakwa Liverpool telah berjaya mendapatkan khidmat pemain muda Ghana berusia 17 tahun itu. Laporan itu juga memetik Liverpool telah berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan pemain muda itu dari Steadfast FC sekaligus menewaskan pesaing Bayer Leverkusen. Namun Echo difahamkan kelab tidak berhasrat untuk memburu khidmat Issahaku buat masa sekarang. Lebih lebih lagi peraturan pekerjaan di UK yang berkuatkuasa buat masa sekarang, Liverpool tidak dibenarkan mengambil pemain bawah umur kecuali yang sudah mencecah 18 tahun ke atas. Sporting Lisbon dan Villareal kini dikaitkan dengan perpindahan pemain itu, selepas Issahaku dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan ketika membantu Ghana menjuarai Kejohanan Piala Negara Afrika Bawah 20 Tahun awal tahun ini. Pemain ini telah dibawa untuk bersama skuad kebangsaan Ghana dalam Kelayakan Piala Negara Afrika pada Mac lepas. ADMIN Bukan tak mahu cuma peraturan kena ikut.  Sumber : Liverpool Echo

Brentford Dinaikkan Ke EPL Selepas Menewaskan Swansea 2 - 0 Dalam Playoff Liga Championship

Buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut mereka berjaya melangkah ke EPL - sekaligus kelab EPL ke 50.  Perlawanan akhir play off Liga Championship ini diadakan semalam, menemukan Brentford dan Swansea untuk merebut slot terakhir ke EPL.  Norwich dan Watford masing masing telah ke EPL musim hadapan secara automatik, dengan Brentford sebelum itu menewaskan Bournemouth dan Swansea menewaskan Barnsley untuk mara ke perlawanan akhir di Wembley.  Sepakan penalti Ivan Toney di awal perlawanan dan jaringan gol oleh Emiliano Marcondes, selain daripada kad merah untuk pemain Swansea Jay Fulton sudah memadai buat Brentfort mencipta sejarah layak ke EPL buat pertama kali untuk kelab tersebut.  Brentford yang digelar The Bee, meraih tiket terakhir ke EPL sekaligus kelab ke 50 di England yang berjaya mara ke pentas EPL.  Sebelum ini Brentford telah tewas kepada Fulham dalam aksi final playoff Liga Championship pada 2019 2020, dengan ianya pencapaian terbaik buat skuad bimbingan Thomas Frank ya

Kejuaraan UCL Chelsea Beri Manfaat Buat Liverpool Dalam Undian UCL Musim 2021 / 2022

The Reds berjaya mengelakkan potensi pertembungan dengan Borussia Dortmund selepas Chelsea menjulang UCL dengan menewaskan Man City 1 - 0. Kejuaraan kedua UCL The Blues ini secara automatik melayakkan mereka berada dalam Balang 1 dalam undian UCL musim hadapan. Villareal yang menjulang kejuaraan UEL selepas menewaskan "sedara" Manchester iaitu Man United menerusi sepakan penalti juga akan berada dalam Balang 1.  Kedua dua pasukan tersebut akan menyertai pasukan dalam Balang 1 - di mana mengandungi juara liga dari Negara Top 6 UEFA seperti Man City, Atletico Madrid, Bayern Munich, Inter Milan, Lille dan Sporting Lisbon. Liverpool pula berada dalam Balang 2, bersama sama Real Madrid, Barcelona, Man United dan yang terkini, Borussia Dortmund yang bakal dialih dari Balang 3 selepas kejayaan Chelsea tersebut. Ini bermakna Klopp tidak akan diundi untuk menentang bekas kelabnya sekurang kurangnya hingga peringkat Pusingan Kedua Kalah Mati UCL. Berikut adalah kedudukan pasukan dalam

Liverpool Akan Kembali Menjalani Latihan Pramusim Pada Julai - Dengan Tambahan Cuti Seminggu

Jurgen Klopp dijangka memberikan cuti tambahan buat para pemainnya.  Ketika ini pemain Liverpool sedang bercuti selepas berakhirnya EPL, meskipun majoriti pemain kini terlibat dalam aksi antarabangsa bersama pasukan kebangsaan. Takumi Minamino menjaringkan 2 gol ketika Jepun membelasah Myanmar 10 - 0 semalam, manakala pemain baru Ibrahima Konate dijangka akan turun bersama skuad France Bawah 21 Tahun menentang Netherland pada petang Isnin. Kejohanan Euro akan bermula pada bulan hadapan, serentak bersama Copa America dan Kejohanan Olimpik pula dijangka bermula pada Julai dengan Minamino, Konate dan Mo Salah dipertimbangkan untuk beraksi bersama skuad Olimpik.  Namun pelan telah dirangka untuk pemain pemain melapor diri di Kirkby pada Julai, dengan Klopp berharap Virgil Van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez akan kembali untuk menjalani latihan pramusim. Menurut James Pearce dari The Athletics, pemain Liverpool dijangka melapor diri pada 12 Julai 2021, lewat seminggu dari jadual asal. Musim

Ozan Kabak Mengucapkan Selamat Tinggal Buat Rakan Sepasukan Di Liverpool

Beliau akan meninggalkan The Reds setelah kelab memaklumkan mereka tidak akan melakukan perpindahan tetap untuk pemain itu dan bersedia kembali ke Germany. Dan beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal buat rakan sepasukan setelah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.  Pemain pertahanan tengah itu tiba dari Schalke pada Januari secara pinjaman untuk membantu kelab menyelesaikan krisis pertahanan yang mengalami kecederaan ketika itu.  Kabak menjadi sebahagian pemain pilihan untuk diturunkan dalam baki musim ini, namun difahamkan beliau telah keluar dari rumah sewanya di Formby pada Isnin lepas untuk kembali ke Germany.  Liverpool tidak berhasrat untuk menjadikan perpindahan tetap untuk pemain ini walaupun boleh mengaktifkan klausa pembelian tetap bernilai £18 juta.  The Reds akan menerima kembali pemain pertahanan yang akan pulih dari kecederaan seperti Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip musim panas ini selain berjaya mendapatkan khidmat Ibrahima Konate dar

James Pearce Mendedahkan Yves Bisssouma Bukan Pemain Sasaran Liverpool

The Reds mempunyai ruang di bahagian tengah untuk diisi tetapi difahamkan pemain ini bukan sasaran yang aktif. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan pemain yang menyerlah di Brighton, dengan hanya terlepas dua perlawanan musim ini sekaligus menyerlahkan kepentingannya dalam pasukan. Liverpool bakal kehilangan khidmat Gini Wijnaldum dan meletakkan pemain yang memberikan kelebihan buat pasukan adalah cara The Reds untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Penyelesaian jangka pendek mungkin boleh dilakukan dengan mendedahkan Curtis Jones terlibat lebih banyak dalam perlawanan, namun Liverpool memerlukan kualiti yang lebih dalam pasukan. B Bissouma merupakan calon utama yang dicanang canang, namun mengikut James Pearce menerusi The Athletics pemain itu bukanlah sasaran kelab buat masa sekarang. Terdapat laporan bahawa pemain itu meminta untuk dilepaskan kelab dan Brighton hanya bersetuju melepaskan pemain itu jika ada mana mana kelab yang sanggup membayar nilai setinggi £40 juta untuk kh

Jurgen Klopp : "Ibrahima Konate Bakal Menambah Kualiti Dan Potensi Dalam Pasukan"

Beliau yakin pemain ini bukan sahaja mempunyai kualiti untuk mencabar slot kesebelasan utama di Liverpool, tetapi percaya beliau mampu meningkat lebih jauh lagi masa hadapan. Liverpool bersetuju untuk mendapatkan pemain muda France ini dari RB Leipzig bermula 1 Julai hadapan, sekaligus menjadi pemain pertama yang dibawa masuk untuk persiapan musim hadapan.  Menurut Klopp : "Saya amat gembira kami dapat membawa masuk pemain berkualiti seperti Ibrahima ini ke dalam skuad dan saya telah memantau beliau sejak dahulu lagi, di mana saya mengenalpasti potensinya sejak berada di Sochaux". "Selepas kami mengalami masalah kecederaan di bahagian pertahanan tengah musim lepas, kami sedar kami harus memperkukuhkan lagi bahagian tersebut. Namun apapun saya harus memberikan pujian kepada Nat, Rhys dan Ozan kerana melakukan tugas dengan baik di posisi itu. Sukar dipercayai". "Untuk Ibrahima ianya akan menambah kualiti sedia ada pemain pertahanan kami di sini. Keadaan fizikal b

Liverpool Sah Mendapatkan Khidmat Ibrahima Konate Dari RB Leipzig

Pemain berusia 22 tahun ini telah bersetuju untuk menyertai Liverpool bermula 01 Julai 2021. Beliau kini menunggu untuk proses permit kerja di UK, selepas bersetuju dengan terma perjanjian dan juga lulus ujian perubatan. Konate menerusi Liverpool FC : "Saya amat gembira dapat menyertai kelab yang besar seperti Liverpool". "Ianya momen yang mengujakan buat saya dan keluarga saya dan tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan yang baru, staf kejurulatihan dan memulakan hidup baru di sini". "Sekarang ini fokus saya adalah bersama France untuk Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah, namun selepas ini saya akan bersama salah satu pasukan terbaik dunia dan akan memberikan saya pengalaman yang baru". "Saya telah bekerja keras selama ini untuk mencapai tahap sekarang, namun saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di RB Leipzig dan semua yang berada di sana - staf kejurulatihan, rakan sepasukan dan termasuk peminat". "Sokongan anda di sa

Liverpool FC Aktifkan Klausa Pelepasan Ibrahima Konate Bernilai £36 Juta

Perjanjian bakal termeterai dalam masa 48 jam. Pemain muda France ini merupakan sasaran Liverpool sejak musim lepas, dengan The Reds mahu memperkukuhkan barisan pertahanan mereka pada musim hadapan dan seterusnya. Sejurus musim ini berakhir, Liverpool melakukan keputusan untuk melakukan perpindahan untuk pemain ini dengan mengaktifkan klausa perpindahan pemain ini.  Liverpool dijangka memuktamadkan perpindahan pemain ini dalam masa 24 jam, menurut beberapa sumber seperti  Paul Joyce dari The Times, James Pearce dari The Athletics dan The Guardian Chris Bascombe.  Terma perjanjian bersama Konate dan wakilnya sudah dimeterai dan kini hanya menunggu mass untuk diumumkan sepenuhnya. Pemain berketinggian 6 kaki 4 inci ini adalah pemain berkualiti tinggi, mempunyai kepantasan dan tegap ketika pertembungan bola di udara serta mempunyai banyak pengalaman bersama Leipzig dengan melakukan 95 penampilan bersama kelab di usia 22 tahun. Beliau akan mewakili France Bawah 21 yang akan bermula Isnin i

Pemain Yang Bakal Meninggalkan Liverpool Secara Percuma - Dan Masa Depan Mereka

The Reds dijangka melepaskan sebahagian pemain dari kelab dengan Klopp bersedia untuk melakukan sedikit rombakan dalam pasukan. Gini Wijnaldum antara salah seorang pemain yang dijangka meninggalkan kelab sebagai ejen bebas dalam beberapa minggu lagi. Namun itu ramai pemain utama Liverpool kini masih mempunyai baki kontrak sekurang kurangnya hingga tahun 2022. Pelan telah dirangka untuk ejen dan kelab berbincang bagi kontrak lanjutan pemain utama pada Julai hadapan - terutama Fabinho dan Alisson Becker.  Selepas itu kelab akan fokus untuk kontrak lanjutan buat Mo Salah dan Virgil Van Dijk pula namun ketika ini beberapa pemain dijangka akan meninggalkan kelab, termasuk beberapa pemain skuad utama. Echo mendedahkan beberapa pemain yang mungkin meninggalkan kelab dan hala tuju masa depan mereka selepas ini. Gini Wijnaldum Dengan hati yang berat beliau akan meninggalkan kelab selepas menabur bakti 5 musim bersama Liverpool sebelum ini dengan kontraknya berakhir pada 30 Jun. Pemain antaraban

Media : Mesej Alberto Moreno Untuk Peminat Liverpool FC Selepas Menewaskan Man United

Pemain pertahanan kiri Villareal itu dimasukkan di babak kedua perlawanan akhir dengan menewaskan Man United menerusi sepakan penalti sampai 11 kali.  Dan Moreno telah menyampaikan mesej kepada peminat Liverpool selepas kejayaan Villareal menjulang Europa League awal pagi tadi. Perlawanan masa sebenar dan tambahan berakhir dengan keputusan 1 - 1 hasil jaringan Gerard Moreno ( asal nama Gerrard je power ) dan juga Cavani.  Perlawanan akhirnya berlangsung hingga ke penentuan sepakan penalti hingga 22 sepakan, sehingga giliran David De Gea melakukan sepakan penalti namun ditepis dengan cemerlang oleh Geronimo Rulli. Dan berikut adalah mesej Moreno kepada semua peminat Liverpool menerusi IG Story beliau  Selain itu satu babak lain juga mendedahkan Moreno turut menyatakan "You'll Never Walk Alone" menerusi kamera, dengan pemain ini pernah bersama kelab sejak 2014 - 2019 dan membantu The Reds menjulang UCL pada 2019.  ADMIN Sekali YNWA, terus YNWA. Anda lejen Moreno.  Sumber :

The Reds Difahamkan Akan "Mempertimbangkan Tawaran" Untuk Nat Phillips Dari Kelab Lain

Kempen pertama bersama Liverpool musim ini menyaksikan beliau melakukan 20 penampilan. Phillips beraksi bersama Liverpool sepanjang musim ini setelah kembali dari Stuttgart bagi menyelesaikan krisis kecederaan pertahanan Liverpool. Pemain pertahanan tengah itu dijangka menyertai Swansea pada musim lepas namun perjanjian kedua dua kelab gagal dimeterai dan Klopp melihat beliau merupakan pilihan utama untuk mengisi kekosongan CB yang mengalami kecederaan jangka panjang.  Dengan VVD, Gomez, Matip yang dijangka kembali pulih dari kecederaan, selain daripada menjangkakan ketibaan Konate maka masa depan Phillips menjadi samar samar di Liverpool. Beliau dilihat akan kembali selaku pilihan kelima pertahanan tengah dan melihat masa depan beliau mungkin terletak di kelab lain jika mahu sentiasa diturunkan.  James Pearce dari The Athletics menyatakan masa depan Nat Phillips belum lagi ditentukan namun tidak terkejut jika kelab mahu mendengar tawaran oleh kelab lain. Difahamkan nilai pemain itu ju

Alberto Moreno : "Unai Emery Adalah Jurulatih Yang Bagus Berbanding Jurgen Klopp"

Beliau mendakwa Unai mengetahui segala galanya menjelang final Europa League awal pagi esok. Alberto Moreno mendakwa Unai Emery adalah jurulatih terbaik ketika ini berbanding Jurgen Klopp. Beliau kini melakukan persiapan untuk perlawanan akhir Europa League menentang Man United, di mana ianya lawan yang bukan asing buat beliau ketika menjadi pemain Liverpool dari 2014 hingga 2019.  Mengimbau kembali kenangan beliau ketika di Anfield menerusi The Guardian, Moreno berkata : "Hubungan saya dengan Klopp adalah sangat baik, tetapi Unai adalah jurulatih terbaik pernah saya bekerjasama". "Beliau tahu bagaimana mengeluarkan yang terbaik dari saya, dan mengajar bagaimana keluar dari kumpulan dan menewaskan lawan". Beliau menjadi sebahagian skuad Klopp pada final 2016 dengan tewas kepada kelabnya sekarang Sevilla dengan jaringan 3 - 1. Ketika itu persembahan Moreno dikritik kerana membenarkan Mariano melepasi beliau hingga mendapat gol penyamaan.  Hinggakan pemain lagenda Liv

Rhys William Dijangka Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Musim Hadapan

Dengan ketibaan Ibrahima Konate, pemain muda ini dijangka akan beraksi di kelab lain buat sementara meskipun membantu kelab di saat krisis musim ini. Sebelum musim ini, Rhys William bukanlah pemain yang dipertimbangkan untuk diserapkan dalam skuad utama Liverpool dengan sebelum ini dipinjamkan ke kelab non league Kidderminister Harrier. Namun pemain berusia 20 tahun itu bergandingan baik bersama sama Nat Phillips dalam 5 perlawanan terakhir liga dengan mencatatkan 5 kemenangan dan mengesahkan kedudukan ketiga EPL musim ini.  Secara keseluruhan Rhys melakukan 19 penampilan bersama kelab, dengan 10 kali diletakkan dalam kesebelasan utama dalam kempen EPL dan UCL selain daripada mencatatkan rekod tanpa bolos ketika menentang Midtyjdlland, Atalanta, Southampton, Burnley dan Crystal Palace. Namun musim lain sememangnya agak berbeza dengan kembalinya Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip dari kecederaan, selain daripada menjangkakan ketibaan Ibrahima Konate dari Leipzig dengan nilai £34

Liverpool Berjaya Mendapatkan Ibrahima Konate Dari RB Leipzig.

  Liverpool berhasil memeterai kontrak dan syarat peribadi beberapa minggu sebelum ini. Maka dengan perpindahan ini Liverpool berjaya menyelesaikan perpindahan pemain ini lebih awal.  Wartawan dari Itali, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa pemain kelahiran Perancis ini berjaya ke Liverpool.  https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1397164620851335168?s=19 Pada 26 April lalu, syarat peribadi berjaya dipersetujui kedua-dua pihak dengan 5 tahun kontrak sehingga 2026. Dikhabarkan €35 juta untuk mengaktifkan klausa pembelian beliau.   Dalam beberapa hari mungkin akan ada pengumuman daripada Liverpool.  Dengan pembelian ini maka spekulasi mengenai Duja Caleta-Car dari Olympique Marseille berjaya ditamatkan.  Kemungkinan besar Ozan Kabak tidak akan dibeli secara tetap oleh Liverpool walaupun dengan yuran €18 juta yang diminta oleh pihak Schalke 04. Agar tidak menjadi lambakan pemain dibahagian pertahanan Liverpool musim depan setelah kembalinya Van dijk, Gomez dan Matip.  ADMIN : Jika Liver

Pep Guardiola : "Mereka Yang Cakap Kami Membina Pasukan Dengan Wang, Ianya Satu Kesilapan!"

Pengurus Man City itu memberikan pendapat selepas merampas kejuaraan EPL dari Liverpool musim ini. Beliau tahu kelab di bawah kendaliannya tidak mempunyai sejarah tersendiri seperti Liverpool namun membidas kembali pengkritik yang menafikan kejayaan beliau. Man City menjulang kejuaraan liga ketujuh dalam sejarah kelab, berbanding 19 dan 20 kejuaraan yang masing masing dimiliki oleh Liverpool dan Man United.  Liverpool juga mengakhiri musim dengan kelebihan tersendiri, apabila mencatatkan 8 kemenangan dari 10 perlawanan terakhir liga untuk menduduki tangga ketiga EPL. Manakala Man City mengakhiri liga dengan kemenangan besar 5 - 0 ke atas Everton, dan dianugerahkan trofi kejuaraan EPL tersebut selepas itu.  Berbicara dengan Gary Lineker, Pep membidas pengkritik kelab di mana mendakwa Man City hanya berjaya selepas berbelanja besar di oassran perpindahan pemain.  "Hasrat saya adalah tidak mengubah apa apa yang berlaku terhadap dasar negara ini". "Kami tidak mempunyai sejar

LMREDS Fantasy : Juara Untuk Musim 2020 - 2021

Tamat gameweek 38, dan kita telah mengenalpasti pasukan yang dinobatkan sebagai juara pada musim ini.  LIGA CLASSIC Dan berikut adalah JUARA MUSIM 2020 - 2021. Tahniah kepada pasukan Aman Graseka 777 kerana telah dinobatkan sebagai juara untuk musim ini.  Ipoh Predator menduduki tangga kedua dan Ferringhi Rovers telah menduduki tangga ketiga dengan hanya dipisahkan 3 mata sahaja.  LIGA HEAD TO HEAD Manakala untuk JUARA MUSIM 2020 - 2021 pula : Sabrutal FC telah dinobatkan selaku juara musim ini dengan unggul, selesa di hadapan dengan 10 mata dari pencabar terdekat.  Manakala Taiping Mari di tangga kedua manakala Ipoh Predators di tangga ketiga. ADMIN . Kalau ada anugerah Most Valuable Player, Ipoh Predators yang dapat kerana unggul dalam kedua dua liga.  Untuk makluman sebelum ini, tiada hadiah dipertandingkan dan liga hanya untuk suka suka sahaja.  Insha Allah tahun depan kita akan perbaiki lagi. YNWA. 

Liverpool FC Berada Dalam Balang 2 Untuk Undian UCL 2021 2022

The Reds melangkah ke kejohanan major Eropah itu buat musim kelima secara berterusan selepas membenam Crystal Palace 2 - 0. Dan Liverpool akan berada dalam Balang 2 untuk UCL 2021 2022. Dua gol Sadio Mane memastikan Liverpool menempah tiket ke UCL sekaligus menduduki tangga ketiga EPL, menyelamatkan musim ini di mana The Reds mengalami musim yang sukar berikutan kecederaan beberapa pemain utama. Skuad Jurgen Klopp mencatatkan 8 kemenangan dari 10 perlawanan, dengan 2 seri. Sebelum ini Liverpool mencatatkan 6 kekalahan berterusan di Anfield pada pertengahan musim. Menurut editor ESPN Dale Johnson, Liverpool akan diletakkan dalam Balang 2 untuk undian UCL bersama sama Real Madrid, Barcelona, PSG dan Juventus.  Ini bermakna Liverpool dijangka tidak akan diundi bersama kelab kelab elit Eropah, termasuk Man United dan Chelsea kecuali kedua dua pasukan itu menjuarai Final UEL dan UCL minggu hadapan. Jika Man United dan Chelsea menjuarai kejuaraan tersebut, mereka akan diletakkan dalam Balang

Jurgen Klopp : "Menamatkan Musim Ini Di Tangga Ketiga EPL Sungguh Menakjubkan"

The Reds menamatkan musim yang padat bersama sama peminat selepas membenam Crystal Palace 2 - 0. Beberapa bulan lepas, Liverpool dilihat hampir gagal mara ke kejohanan Eropah dengan keputusan perlawanan yang tidak memberangsangkan.  Namun empat kemenangan berterusan Liverpool telah meletakkan Liverpool kembali ke slot UCL untuk musim hadapan dengan keputusan perlawanan yang lain membantu kelab itu menduduki tangga ketiga EPL selepas 38 perlawanan. Kecederaan demi kecederaan dilihat menjejaskan kekuatan Liverpool, dan ianya digambarkan oleb Jurgen Klopp sebagai sesuatu yang sukar dipercayai musim ini.  Menurut Klopp menerusi BBC Radio 5 : "Sangat mengagumkan - sangat bagus jika difikirkan. Kami mahu merasai suasana ini, perlawanan ini dan perasaan ini". "Menamatkan musim ini di tangga ketiga adalah sungguh menakjubkan. Sukar dipercayai - kredit kepada semua pemain bagaimana mereka melakukan beberapa minggu lepas. Sangat menakjubkan". "Saya amat berbangga dengan

Dua Gol Sadio Mane Sahkan Liverpool Ke UCL : Akhiri Musim EPL 2020 2021 Di Tempat Ketiga

The Reds membenam cabaran Crystal Palace 2 - 0 dalam hari terakhir EPL 2020 - 2021. Jurgen Klopp menyenaraikan Gini Wijnaldum dalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Thiago dan Fabinho, dengan Jordan Henderson dan Diogo Jota kembali pulih dari kecederaan dan berada di bangku simpanan. Manakala skuad bimbingan Roy Hodgson kehilangan khidmat Christian Benteke dan Eze sebelum ini, namun masih mempunyai barisan pemain serangan yang ampuh seperti Zaha, Townsend dan Jordan Ayew. Crystal Palace memulakan perlawanan dengan lebih baik, dengan Zaha terlebih dahulu melakukan percubaan yang ditepis Alisson menggunakan kaki apabila berjaya melepasi kawalan Nat Phillips pada minit ke 3.  Dua minit seterusnya menyaksikan Alisson terpaksa bekerja keras menepis bola ke atas palang hasil sepakan percuma Palace dari luar petak sebelah kanan. Liverpool hampir dihukum dengan jaringan gol apabila Townsend mengambil kesempatan memintas hantaran lemah TAA ke atas Nat, melakukan larian ke gol namun

Gini Wijnaldum Sahkan Beliau Akan Meninggalkan Liverpool Hujung Musim Ini

Beliau adalah kapten untuk perlawanan menentang Crystal Palace sebentar tadi dan merupakan penampilan terakhir beliau bersama kelab. Beliau membantu kelab untuk mengesahkan slot ke UCL dan membantu Liverpool untuk menduduki tangga ketiga EPL musim ini.  Menurut Wijnaldum : "Sepertimana yang anda lihat sekarang, ianya ucapan selamat tinggal. Kelab dan saya tidak mencapai kata sepakat untuk kontrak lanjutan". "Secara faktanya, kontrak saya bersama kelab akan berakhir pada 1 Julai nanti". Selain itu Jurgen Klopp turut memuji sumbangan Wijnaldum dalam pasukan sebelum perlawanan bermula. Ditanya apa yang Klopp katakan untuk Wijnaldum, beliau menyatakan ianya petang yang beremosi buat beliau.  "Hubungan saya dengan pengurus amat baik. Saya rasakan inilah pengurus terbaik yang pernah saya bekerja bersama dan jujurnya hari ini amat emosi buat saya". ADMIN Thanks Gini for everything. Anda tetap lejen di sini. Good luck. YNWA! Sumber : Liverpool Echo

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Jurgen Klopp : "Ketamakan Mo Salah Memberi Peluang Untuk Kami Mendapatkan Gol"

Pemain antarabangsa Mesir itu masih memburu Anugerah Kasut Emas EPL musim ini meskipun kelab mengharungi musim yang sukar ketika ini. Dan Klopp menegaskan "ketamakan" Mo Salah memberikan peluang buat Liverpool untuk kekal bersaing dalam EPL buat masa sekarang. Kecenderungan Mo Salah untuk menjaringkan gol peribadi sering mendapat kritikan peminat namun amat jarang sekali peminat mempertahankan kelebihan beliau selaku penjaring gol yang konsisten untuk kelab buat beberapa musim sebelumnya. Musim ini tidak banyak berbeza dari sebelumnya untuk Mo Salah, dengan beliau kini menjaringkan 31 gol buat Liverpool dalam semua kejohanan termasuk 22 gol dalam EPL dengan kini bersaing untuk memburu Anugerah Kasut Emas EPL.  Hari ini merupakan hari penentuan buat Mo Salah dan Harry Kane untuk meraih Kasut Emas EPL - dan Klopp berpendapat ianya tidak lebih dari kelebihan yang dimiliki oleh pasukan buat masa sekarang.  Menurut Klopp : "Kedudukan kami senang dilihat tanpa jaringan dari Mo

Perkembangan Terkini Kecergasan Diogo Jota

Beliau akan dinilai oleh perubatan samada boleh diturunkan dalam perlawanan malam ini. Pemain itu tersisih dari skuad setelah mengalami kecederaan ketika menentang Man United pada awal bulan ini. Sebelum ini beliau dijangka akan tersisih untuk baki perlawanan musim ini, tetapi pemeriksaan lanjutan mendapati kecederaan beliau tidak serius seperti yang dijangka.  Menurut Klopp :  "Saya tidak pasti lagi. Beliau nampak baik dan mula menjalani latihan pada hari ini. Itulah pelan semalam". "Dan apabila beliau menjalani latihan berpasukan, kami akan melihat reaksi beliau ketika latihan dan akan melakukan keputusan samada beliau akan terlibat atau tidak". ADMIN Ini satu perkembangan yang baik. Harap beliau mampu membantu pasukan. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Jurgen Klopp Enggan Berbicara Mengenai Masa Depan Ozan Kabak

Liverpool akan membuat keputusan selepas musim ini berakhir, termasuk pembelian tetap untuk Ozan Kabak yang bernilai £18 juta. Namun Klopp memuji perkembangan dan sumbangan beliau terhadap Liverpool di mana beliau tiba untuk menyelesaikan krisis pemain pertahanan yang mengalami kecederaan jangka panjang musim ini.  Beliau juga kini mengalami kecederaan otot yang memaksa beliau terlepas baki 5 perlawanan akhir liga, dengan kini melakukan 13 penampilan sebagai landasan untuk pembelian tetap oleh LFC. Kabak sebelum ini menyatakan hasrat untuk kekal di Liverpool tetapi setakat ini Klopp enggan mengulas mengenai masa depan pemain tersebut. Menurut Klopp : "Ozan sememangnya pemain yang bagus. Beliau melakukan tugasnya dengan baik dan jangan lupa beliau adalah pemain muda yang berpengalaman luas". "Kelab yang berbeza apabila beliau berhijrah dari Turki ke Germany, bermain di dua kelab yang besar di Germany tetapi masalah bukanlah dari beliau dan kita dapat lihat apa yang beliau

Jurgen Klopp Masih Berdiam Diri Terhadap Masa Depan Gini Wijnaldum

Perlawanan menentang Crystal Palace bakal menjadi penampilan terakhir pemain tersebut di Liverpool. Namun Klopp tidak meragui pemain antarabangsa Belanda itu akan kekal komited di penghujung kariernya di Liverpool.  Kontrak 5 tahun telah termeterai bersama beliau pada 2016 bakal berakhir pada musim panas ini dan dijangka pemain itu akan meninggalkan LFC secara percuma. Perbincangan untuk kontrak lanjutan pemain ini telah menemui jalan buntu dengan kini Barca dan Bayern mengintai peluang bagi mendapatkan pemain tersebut. Meskipun begitu, Klopp lebih berdiam diri daripada membincangkan hala tuju pemain ini berbanding emosi saat akhir penampilan terakhir beliau pada Ahad ini.  Menurut Klopp : " Setakat ini tiada apa perlu diperkatakan kerana kami masih mempunyai tugas penting pada Ahad ini". "Kami akan membincangkan perkara ini selepas perlawanan Ahad ini. Tiada apa lagi perlu diperkatakan". Meskipun beliau dijangka meninggalkan Liverpool pada musim panas ini namun bel

Carra : "Liverpool Destinasi Tepat Buat Harry Kane, Namun Harganya Tidak Masuk Akal"

Penyerang Spurs itu difahamkan mahu meninggalkan kelab itu musim panas ini. Bekas pemain Liverpool menyifatkan Liverpool adalah destinasi terbaik buat Kane, tetapi harga pembelian beliau adalah sesuatu yang tidak masuk akal buat perpindahan mega pada musim panas ini.  Sebelum ini Harry Kane telah menyatakan hasrat untuk berhijrah dari Spurs, dan Gary Neville mendakwa pemain itu telah berbincang dengan Daniel Levy mengenai hasratnya itu.  Dengan 165 gol dicatatkan oleh pemain Spurs itu, beliau disifatkan sebagai salah seorang penyerang terbaik di generasinya namun perpindahan beliau dijangka mencecah nilai £ 100 juta pada musim panas hadapan.  Man City, Man United dan Chelsea difahamkan menyatakan minat buat pemain itu tetapi Carra berpendapat pemain itu amat sesuai dengan corak permainan yang diterapkan Jurgen Klopp di Liverpool. Menurut Carra menerusi kolumnya di Telegraph : "Dari semua kelab yang menarik minat Harry Kane, salah satu kelab yang boleh menjadi destinasi terbaik bel

Nuri Sahin : "Melwood Adalah Tempat Yang Saya Anggap Seperti Rumah Sendiri"

Bekas pemain Dortmund itu mengimbau kembali kenangan beliau di Liverpool, dan melakukan 12 penampilan selama 5 bulan sebelum kembali ke Dortmund. Lapan tahun lepas, Sahin menyertai Liverpool dari Real Madrid secara pinjaman pada Ogos 2012 sebelum kembali ke Dortmund pada Januari 2013.  Ketika kembali ke Dortmund, beliau menyatakan beliau tidak gembira di Liverpool ketika itu. Namun beliau mendedahkan bahawa beliau hanya tidak gembira jika tidak diturunkan, dan kenyataan ketika itu tidak mengaitkan beliau terhadap Liverpool dan Real Madrid.  Dan dalam temuramah terbaru beliau menerusi Goal, beliau mendedahkan bahawa beliau "sukakan setiap minit" di Melwood. "Ianya sebuah kelab yang mempunyai organisasi terancang dengan ramai individu hebat, dan saya masih berhubung dengan mereka di sana". "Mereka banyak membantu saya dan keluarga saya di sana. Mereka memastikan saya selesa di sana, saya amat terharu". "Satu satunya masalah adalah Dortmund menghubungi s

Alisson Dan Fabinho Bakal Ditawarkan Kontrak Lanjutan Di Liverpool

Perbincangan untuk kontrak baru kedua dua pemain itu akan dimulakan pada musim panas hadapan. Selain itu beliau juga akan diberikan bonus untuk rekod tanpa bolos dan bukan jaringan gol meskipun menjaringkan gol kemenangan ke atas WBA minggu lepas sekaligus tercatat dalam sejarah kelab.  Begitu juga Fabinho yang akan ditawarkan kontrak lanjutan di kelab pada musim panas hadapan, dengan pemain dari Brazil itu dianggap sebagai pemain paling konsisten dalam pasukan meskipun mengharungi musim yang sukar kali ini. Jurgen Klopp mahu mengekalkan kedua dua pemain itu dalam jangka masa lama dan perbincangan akan dilakukan pada musim panas ini. Liverpool boleh mengaktifkan klausa tambahan untuk lanjutan setahun lagi kontrak Alisson yang bakal berakhir tiga tahun lagi, tetapi kelab mahu menawarkan kontrak baru kepada beliau di atas kecemerlangan beliau ketika ini. Fabinho juga masih berbaki dua tahun kontrak tetapi kelab mahu melanjutkan kontrak beliau sekurang kurangnya pada umur melebihi 30 an.

Jurgen Klopp : Musim Yang Cukup "Gila" Buat Kami, Namun Kami Belum Layak Sepenuhnya

Liverpool bakal mengakhiri musim di Top 4 jika berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Palace pada hujung minggu ini.  Dan Klopp mengakui situasi ini sesuatu yang "gila" dengan hanya sedikit lagi langkahan ke UCL musim hadapan setelah melalui musim yang sangat sukar.  Liverpool berjaya berada di kedudukan Top 4 buat masa sekarang setelah membenam Bunrley 3 - 0 di Turf Moor.  Roberto Firmino membuka jaringan dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, diikuti gol senior pertama buat Nat Phillips dan jaringan Oxlade Chamberlain menjaringkan gol ketiga untuk mengesahkan kemenangan awal pagi tadi. Liverpool juga tidak tewas dalam 9 perlawanan EPL, mereka kini menyamai mata dengan Leicester namun berkelebihan 4 gol buat masa sekarang.  Menurut Klopp :  "Saya amat gembira tetapi tidak memandang mudah akan kejayaan ini - saya tahu musim ini amat amat sukar buat Liverpool". "Kali terakhir kami berada di slot Top 4 adalah pada bulan Februari kerana kami jarang memenang