Perlawanan menentang Crystal Palace bakal menjadi penampilan terakhir pemain tersebut di Liverpool.
Namun Klopp tidak meragui pemain antarabangsa Belanda itu akan kekal komited di penghujung kariernya di Liverpool.
Kontrak 5 tahun telah termeterai bersama beliau pada 2016 bakal berakhir pada musim panas ini dan dijangka pemain itu akan meninggalkan LFC secara percuma.
Perbincangan untuk kontrak lanjutan pemain ini telah menemui jalan buntu dengan kini Barca dan Bayern mengintai peluang bagi mendapatkan pemain tersebut.
Meskipun begitu, Klopp lebih berdiam diri daripada membincangkan hala tuju pemain ini berbanding emosi saat akhir penampilan terakhir beliau pada Ahad ini.
Menurut Klopp :
"Setakat ini tiada apa perlu diperkatakan kerana kami masih mempunyai tugas penting pada Ahad ini".
"Kami akan membincangkan perkara ini selepas perlawanan Ahad ini. Tiada apa lagi perlu diperkatakan".
Meskipun beliau dijangka meninggalkan Liverpool pada musim panas ini namun beliau masih menjadi sebahagian pemain kepercayaan di bawah Klopp.
Dan Klopp masih memuji persembahan pemain ini dan juga pasukannya untuk kekal fokus meskipun menghadapi pelbagai kesukaran pada musim ini.
Tambah Klopp :
"Ianya bukan pertama kali kami menghadapi situasi ini dan pemain lain menghadapi musim ini dengan baik sekali".
"Mereka mempamerkan karakter yang baik dan mereka tidak memikirkan situasi masa depan ketika ini, mereka biasa akan situasi perbincangan selepas ini".
"Karakter Gini bukanlah persoalan besar, beliau pemain yang bagus dan kekal komited bersama kelab dan pasukan hingga hari terakhir. Kita akan lihat bagaimana selepas ini".
ADMIN
Masa depan beliau mungkin di kelab lain selepas ini.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment