Beliau akan meninggalkan The Reds setelah kelab memaklumkan mereka tidak akan melakukan perpindahan tetap untuk pemain itu dan bersedia kembali ke Germany.
Dan beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal buat rakan sepasukan setelah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Pemain pertahanan tengah itu tiba dari Schalke pada Januari secara pinjaman untuk membantu kelab menyelesaikan krisis pertahanan yang mengalami kecederaan ketika itu.
Kabak menjadi sebahagian pemain pilihan untuk diturunkan dalam baki musim ini, namun difahamkan beliau telah keluar dari rumah sewanya di Formby pada Isnin lepas untuk kembali ke Germany.
Liverpool tidak berhasrat untuk menjadikan perpindahan tetap untuk pemain ini walaupun boleh mengaktifkan klausa pembelian tetap bernilai £18 juta.
The Reds akan menerima kembali pemain pertahanan yang akan pulih dari kecederaan seperti Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip musim panas ini selain berjaya mendapatkan khidmat Ibrahima Konate dari RB Leipzig dengan nilai £36 juta.
Sebelum ini Kabak telah menyatakan beliau tidak mahu "bermimpi di siang hari" namun sebaliknya mahu terus fokus meningkatkan prestasi sebagai seorang pemain.
Menurut Kabak dalam temuramah akhir musim Liverpool FC :
"Saya akan merancang untuk karier saya selanjutnya dan melakukan yang lebih baik selain daripada bermimpi di siang hari".
"Dalam bolasepak, pasukan boleh menjadi juara jika sentiasa memenangi perlawanan pemain akan lebih bernilai jika sentiasa bekerja keras".
"Saya akan terus fokus untuk menjadi aset yang berguna untuk kelab saya dan negara".
"Semua pengalaman yang saya lalui di England, Germany dan Turki dengan bermain dalam empat pasukan berbeza serta pengalaman dalam skuad kebangsaan Turki semestinya terus memberikan nilai buat saya".
"Dan saya berfikir saya harus meningkatkan lagi prestasi. Saya akan sentiasa berbincang dengan jurulatih bagaimana mahu meningkatkan prestasi dan cuba untuk memperbaiki tahap permainan seperti yang mereka mahukan".
"Dalam kehidupan ini apapun yang anda lakukan haruslah dilakukan dengan baik untuk memiliki peluang untuk menjadi pemain berprestasi tinggi".
Kabak telah bermain sebanyak 13 perlawanan untuk Liverpool sepanjang tempoh dipinjamkan dari Schalke.
ADMIN
Jasamu dikenang Ozan Kabak. Good luck and YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment