Skip to main content

Jurgen Klopp : Musim Yang Cukup "Gila" Buat Kami, Namun Kami Belum Layak Sepenuhnya

Liverpool bakal mengakhiri musim di Top 4 jika berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Palace pada hujung minggu ini. 


Dan Klopp mengakui situasi ini sesuatu yang "gila" dengan hanya sedikit lagi langkahan ke UCL musim hadapan setelah melalui musim yang sangat sukar. 

Liverpool berjaya berada di kedudukan Top 4 buat masa sekarang setelah membenam Bunrley 3 - 0 di Turf Moor. 

Roberto Firmino membuka jaringan dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, diikuti gol senior pertama buat Nat Phillips dan jaringan Oxlade Chamberlain menjaringkan gol ketiga untuk mengesahkan kemenangan awal pagi tadi.

Liverpool juga tidak tewas dalam 9 perlawanan EPL, mereka kini menyamai mata dengan Leicester namun berkelebihan 4 gol buat masa sekarang. 

Menurut Klopp : 

"Saya amat gembira tetapi tidak memandang mudah akan kejayaan ini - saya tahu musim ini amat amat sukar buat Liverpool".

"Kali terakhir kami berada di slot Top 4 adalah pada bulan Februari kerana kami jarang memenangi perlawanan ketika itu".

"Dalam 8 - 10 perlawanan terakhir, kami kembali ke landasan sebenar. Jika kami memenangi perlawanan Ahad ini dan bergantung juga dengan keputusan Chelsea dan Leicester - kami akan layak ke UCL musim hadapan".

"Ianya cukup gila bila memikirkan kami berada sehampir itu, namun kami belum layak sepenuhnya".

Klopp sebelum ini menggambarkan perlawanan Burnley ibarat semi final dan perlawanan Crystal Palace adalah perlawanan akhir. 

Leicester akan melayani kunjungan Spurs pada hujung minggu ini manakala Chelsea akan berada di Villa Park, menentang Aston Villa. 

Tambah Klopp :

"Anda menang di separuh akhir dan anda melangkah ke perlawanan akhir ketika ini. Kami akan memberikan segala galanya pada Ahad ini".

"Kami hanya perlu bekerja keras, sentiasa melakukan yang terbaik dan bermain dengan lebih baik".

"Terus fokus untuk perlawanan seterusnya dan tidak memikirkan perlawanan lalu".

"Ianya sukar buat anak buah saya, dan anda harus bekerja keras untuk ini".

"Malam ini sudah cukup baik untuk kami dan kami mahu kekalkan yang terbaik untuk Ahad ini".

ADMIN

Always believing and never give up. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football