Skip to main content

Jurgen Klopp : "Ibrahima Konate Bakal Menambah Kualiti Dan Potensi Dalam Pasukan"

Beliau yakin pemain ini bukan sahaja mempunyai kualiti untuk mencabar slot kesebelasan utama di Liverpool, tetapi percaya beliau mampu meningkat lebih jauh lagi masa hadapan.


Liverpool bersetuju untuk mendapatkan pemain muda France ini dari RB Leipzig bermula 1 Julai hadapan, sekaligus menjadi pemain pertama yang dibawa masuk untuk persiapan musim hadapan. 

Menurut Klopp :

"Saya amat gembira kami dapat membawa masuk pemain berkualiti seperti Ibrahima ini ke dalam skuad dan saya telah memantau beliau sejak dahulu lagi, di mana saya mengenalpasti potensinya sejak berada di Sochaux".

"Selepas kami mengalami masalah kecederaan di bahagian pertahanan tengah musim lepas, kami sedar kami harus memperkukuhkan lagi bahagian tersebut. Namun apapun saya harus memberikan pujian kepada Nat, Rhys dan Ozan kerana melakukan tugas dengan baik di posisi itu. Sukar dipercayai".

"Untuk Ibrahima ianya akan menambah kualiti sedia ada pemain pertahanan kami di sini. Keadaan fizikal beliau amat baik; beliau pantas, tegap dan sangat dominan ketika pertembungan bola di udara".

"Beliau tiba di sini setelah beraksi lebih 90 kali bersama Leipzig di Bundesliga dan Eropah. Saya pasti aksi beliau lebih banyak sebenarnya jika tidak mengalami kecederaan namun beliau telah mempunyai pengalaman apa yang beliau perlu lakukan ketika mengharungi dua musim yang sukar".

"Beliau juga sebelum ini bermain dalam UCL yang bertekanan tinggi, sama seperti yang kami lalui sebelum ini".

"Saya yakin kami telah mendapatkan pemain yang mampu bermain terus dalam pasukan, dengan usia 22 tahun masih banyak beliau boleh lakukan untuk meningkatkan potensi diri. Saya tahu beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan kami untuk menjadi pemain lebih baik".

"Bagi saya ianya amat teruja kerana saya tahu betapa bagusnya beliau dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau ketika latihan pramusim".

ADMIN

Klopp percaya apa yang pemain ini boleh lakukan. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football