The Reds membenam cabaran Crystal Palace 2 - 0 dalam hari terakhir EPL 2020 - 2021.
Jurgen Klopp menyenaraikan Gini Wijnaldum dalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Thiago dan Fabinho, dengan Jordan Henderson dan Diogo Jota kembali pulih dari kecederaan dan berada di bangku simpanan.
Manakala skuad bimbingan Roy Hodgson kehilangan khidmat Christian Benteke dan Eze sebelum ini, namun masih mempunyai barisan pemain serangan yang ampuh seperti Zaha, Townsend dan Jordan Ayew.
Crystal Palace memulakan perlawanan dengan lebih baik, dengan Zaha terlebih dahulu melakukan percubaan yang ditepis Alisson menggunakan kaki apabila berjaya melepasi kawalan Nat Phillips pada minit ke 3.
Dua minit seterusnya menyaksikan Alisson terpaksa bekerja keras menepis bola ke atas palang hasil sepakan percuma Palace dari luar petak sebelah kanan.
Liverpool hampir dihukum dengan jaringan gol apabila Townsend mengambil kesempatan memintas hantaran lemah TAA ke atas Nat, melakukan larian ke gol namun hanya menyaksikan percubaan beliau sedikit sipi dari tiang pada minit ke 14.
The Reds bagaikan tersedar dari lamunan, dan terus mengatur gerak dan hampir memperolehi gol di minit ke 17 apabila sepakan sudut tepat ke kepala Rhys yang tidak dikawal, namun tandukannya tinggi sedikit dari palang.
Seminit selepas itu, satu hantaran terus Mane untuk Mo Salah melarikan bola ke dalam petak namun malangnya rembatan beliau juga tinggi melewati palang.
Mo Salah sekali lagi mendapat peluang dengan mengawal cantik hantaran dan melepaskan rembatan ke sudut kanan namun ditepis Guita pada minit ke 23.
Dan akhirnya Liverpool berjaya membolosi gol Palace di minit ke 35, apabila tandukan sipi Rhys tepat ke Bobby dan Mane yang berada berdekatan terus menguis masuk bola tersebut.
Liverpool bagaikan meletakkan sebelah kaki ke kancah UCL ketika separuh masa pertama berakhir.
Bersambung babak kedua, Liverpool berterusan menguasai perlawanan hingga Palace sedikit buntu untuk mencipta peluang.
Liverpool juga mencipta gerak untuk menambah gol namun sering digagalkan oleh kekebalan benteng pertahanan Palace yang mengintai ruang untuk melancarkan serangan balas.
Tetapi Liverpool berjaya mendapatkan gol kedua sekaligus bekalan selesa apabila serangan pantas oleh Mo Salah ke petak penalti Palace, dengan bertukar hantaran bersama Gini sebelum lorongan buat Mane menyudahkan peluang tersebut pada minit ke 73.
Klopp membawa masuk James Milner dan mengeluarkan Gini Wijnaldum di minit ke 76, dan menerima tepukan gemuruh dari penonton sebagai tanda penghargaan buat beliau selaman5 musim di LFC.
Mo Salah memiliki peluang terbaik untuk menambah gol musim ini apabila menerima hantaran pendek Mane di dalam petak, namun menyaksikan rembatan beliau terkena pertahanan Palace dan sempat ditepis Guita pada minit ke 83.
Klopp memasukkan Jota untuk Firmino dan Oxlade untuk Robbo di penghujung saingan untuk mengekalkan momentum hingga wisel penamat.
Dan Liverpool bukan sahaja meraih slot akhir UCL tetapi berada di kedudukan ketiga EPL setelah pesaing Chelsea dan Leicester tumpas kepada lawan masing masing.
ADMIN
Musim yang sangat sukar, namun pencapaian yang luar biasa. Tahniah Reds. YNWA.
Comments
Post a Comment