Skip to main content

James Pearce Mendedahkan Yves Bisssouma Bukan Pemain Sasaran Liverpool

The Reds mempunyai ruang di bahagian tengah untuk diisi tetapi difahamkan pemain ini bukan sasaran yang aktif.


Pemain berusia 24 tahun ini merupakan pemain yang menyerlah di Brighton, dengan hanya terlepas dua perlawanan musim ini sekaligus menyerlahkan kepentingannya dalam pasukan.

Liverpool bakal kehilangan khidmat Gini Wijnaldum dan meletakkan pemain yang memberikan kelebihan buat pasukan adalah cara The Reds untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Penyelesaian jangka pendek mungkin boleh dilakukan dengan mendedahkan Curtis Jones terlibat lebih banyak dalam perlawanan, namun Liverpool memerlukan kualiti yang lebih dalam pasukan. B

Bissouma merupakan calon utama yang dicanang canang, namun mengikut James Pearce menerusi The Athletics pemain itu bukanlah sasaran kelab buat masa sekarang.

Terdapat laporan bahawa pemain itu meminta untuk dilepaskan kelab dan Brighton hanya bersetuju melepaskan pemain itu jika ada mana mana kelab yang sanggup membayar nilai setinggi £40 juta untuk khidmat pemain tersebut. 

Liverpool dikaitkan dengan perpindahan pemain ini namun Pearce menjelaskan bahawa pengganti Wijnaldum bukanlah satu kepentingan buat masa sekarang.

Kelab masih mempertaruhkan kelebihan yang dimiliki oleh pemain tengah lain seperti Jordan Henderson, Curtis Jones, Thiago, Alex Oxlade Chamberlain dan Naby Keita untuk memainkan peranan lebih penting buat musim hadapan. 

Namun Liverpool sedar bahawa mereka juga harus memperkukuhkan pasukan serta mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wijnaldum, di mana sebelum ini hanya tidak bermain sebanyak 29 kali daripada 265 penampilan bersama kelab.

Antara sebab utama Liverpool tidak memburu khidmat Bissouma adalah penglibatan pemain tersebut dalam Kejohanan Piala Negara Afrika, di mana ia akan merisikokan kelab kehilangan 4 pemain dari Januari hingga Februari tahun hadapan dengan Naby Keita, Mo Salah dan Sadio Mane turut terlibat dalam kejohanan tersebut. 

Ianya bukan penamat untuk pemburuan pemain tengah yang baru dengan kelab mahu melabur untuk pemain yang tepat dan bergantung dengan pemain yang akan dijual selepas ini. 

ADMIN

Mungkin mereka ada sasaran pemain lain. Trust the boss. YNWA 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan