Skip to main content

Tarikh EPL 2021 2022 Akan Bermula - Serta Tarikh Pintu Perpindahan Ditutup

Musim 2020 - 2021 adalah musim yang luar biasa buat peminat EPL. 


Man City menjulang kejuaraan EPL musim ini dengan hampir kesemua perlawanan berlangsung tanpa kehadiran penonton berikutan penularan pandemik Covid 19. 

Everton mengakhiri liga di tempat kesepuluh, sekaligus terlepas slot ke Eropah manakala Liverpool berjaya menduduki tangga ketiga EPL walaupun pada mulanya mereka dijangka terlepas slot UCL pada pertengahan musim berikutan prestasi buruk. 

Hala tuju sekarang tertumpu ke musim hadapan dan kelab kini sedang berehat sebelum bersambung semula Julai hadapan. 

Permulaan EPL Musim 2021 2022

Liga EPL musim hadapan dijangka bermula pada Sabtu 14 Ogos 2021.

Ini bermakna sepakmula akan dilakukan hanya sebulan selepas kejohanan Euro, dengan ketika itu masing masing pemain yang kembali dari tugasan antarabangsa dan bersedia untuk mengekalkan kecergasan.

Hari terakhir EPL 2021 / 2022 akan berlangsung pada 22 Mei 2022.

Jadual EPL 2021 - 2022

Jadual perlawanan EPL musim hadapan hanya akan diketahui pada 16 Jun 2021.

Norwich, Watford dan Brentford adalah pasukan yang dinaikkan ke EPL dari Liga Championship manakala Fulham, WBA dan Sheffield United akan turun ke Liga Championship.

Pintu Perpindahan 

Pintu perpindahan pemain akan dibuka pada 09 June dan akan ditutup pada 31 Ogos 2021.

Ianya perubahan yang dilakukan EPL di mana sebelum ini pintu perpindahan pemain ditutup sejurus sebelum bermulanya EPL. 

Berikut adalah kenyataan pihak EPL :

"Pintu perpindahan akan dibuka selama 12 minggu bermula 09 Jun dan akan berakhir pada 31 Ogos 2021".

"Ianya selaras dengan liga Eropah yang lain".

ADMIN

Lewat pintu perpindahan tutup kali ini. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football