Skip to main content

Nuri Sahin : "Melwood Adalah Tempat Yang Saya Anggap Seperti Rumah Sendiri"

Bekas pemain Dortmund itu mengimbau kembali kenangan beliau di Liverpool, dan melakukan 12 penampilan selama 5 bulan sebelum kembali ke Dortmund.


Lapan tahun lepas, Sahin menyertai Liverpool dari Real Madrid secara pinjaman pada Ogos 2012 sebelum kembali ke Dortmund pada Januari 2013. 

Ketika kembali ke Dortmund, beliau menyatakan beliau tidak gembira di Liverpool ketika itu.

Namun beliau mendedahkan bahawa beliau hanya tidak gembira jika tidak diturunkan, dan kenyataan ketika itu tidak mengaitkan beliau terhadap Liverpool dan Real Madrid. 

Dan dalam temuramah terbaru beliau menerusi Goal, beliau mendedahkan bahawa beliau "sukakan setiap minit" di Melwood.

"Ianya sebuah kelab yang mempunyai organisasi terancang dengan ramai individu hebat, dan saya masih berhubung dengan mereka di sana".

"Mereka banyak membantu saya dan keluarga saya di sana. Mereka memastikan saya selesa di sana, saya amat terharu".

"Satu satunya masalah adalah Dortmund menghubungi saya dan berkata anda boleh kembali bila bila masa ke sana dan saya rasa semua orang tahu saya sukar mendapatkan lebih minit bermain di Liverpool".

"Dortmund mahukan saya kembali dan saya lihat banyak potensi saya lagi di sana. Saya kembali untuk bersama rakan sepasukan, rakan rakan dan keluarga saya. Itu sebabnya".

"Secara jujur saya jatuh cinta kepada Liverpool, peminat, stadium dan Melwood. Melwood lah saya rasa seperti berada di rumah sendiri".

"Namun saya berharap semua orang faham, Dortmund ketika itu adalah tempat yang baik buat saya".

ADMIN

Kini beliau bersama kelab Turki, Antalyaspor. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football