The Reds melangkah ke kejohanan major Eropah itu buat musim kelima secara berterusan selepas membenam Crystal Palace 2 - 0.
Dan Liverpool akan berada dalam Balang 2 untuk UCL 2021 2022.
Dua gol Sadio Mane memastikan Liverpool menempah tiket ke UCL sekaligus menduduki tangga ketiga EPL, menyelamatkan musim ini di mana The Reds mengalami musim yang sukar berikutan kecederaan beberapa pemain utama.
Skuad Jurgen Klopp mencatatkan 8 kemenangan dari 10 perlawanan, dengan 2 seri. Sebelum ini Liverpool mencatatkan 6 kekalahan berterusan di Anfield pada pertengahan musim.
Menurut editor ESPN Dale Johnson, Liverpool akan diletakkan dalam Balang 2 untuk undian UCL bersama sama Real Madrid, Barcelona, PSG dan Juventus.
Ini bermakna Liverpool dijangka tidak akan diundi bersama kelab kelab elit Eropah, termasuk Man United dan Chelsea kecuali kedua dua pasukan itu menjuarai Final UEL dan UCL minggu hadapan.
Jika Man United dan Chelsea menjuarai kejuaraan tersebut, mereka akan diletakkan dalam Balang 1 bersama sama Man City dan juara liga Top Six Eropah.
Berikut adalah kedudukan pasukan dalam Balang masing masing.
Balang 1
Atletico Madrid, Bayern Munich, Inter Milan, Lille, Sporting Lisbon, Man City, *Chelsea atau Zenit St Petersburg, *Man United atau Villareal.
Balang 2
Barcelona, Juventus, PSG, Real Madrid, Liverpool, Sevilla, *Man United, *Chelsea
Bertanda * = bergantung dengan keputusan Final
Balang 3 dan 4 pula bergantung dengan keputusan kelayakan dan play off UCL, dengan Dortmund dan Porto berpotensi ke Balang 2 bergantung dengan keputusan perlawanan akhir UEL dan UCL
ADMIN
Boleh tahan kali ini. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
UCL mmg kejohanan elitis..hanya pasukan mantap dari pengurusan dan kewangan kukuh sahaja yang memonopoli kejohanan saban tahun..
ReplyDelete