Beliau akan dinilai oleh perubatan samada boleh diturunkan dalam perlawanan malam ini.
Pemain itu tersisih dari skuad setelah mengalami kecederaan ketika menentang Man United pada awal bulan ini.
Sebelum ini beliau dijangka akan tersisih untuk baki perlawanan musim ini, tetapi pemeriksaan lanjutan mendapati kecederaan beliau tidak serius seperti yang dijangka.
Menurut Klopp :
"Saya tidak pasti lagi. Beliau nampak baik dan mula menjalani latihan pada hari ini. Itulah pelan semalam".
"Dan apabila beliau menjalani latihan berpasukan, kami akan melihat reaksi beliau ketika latihan dan akan melakukan keputusan samada beliau akan terlibat atau tidak".
ADMIN
Ini satu perkembangan yang baik. Harap beliau mampu membantu pasukan. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment