Skip to main content

Jurgen Klopp : "Ketamakan Mo Salah Memberi Peluang Untuk Kami Mendapatkan Gol"

Pemain antarabangsa Mesir itu masih memburu Anugerah Kasut Emas EPL musim ini meskipun kelab mengharungi musim yang sukar ketika ini.


Dan Klopp menegaskan "ketamakan" Mo Salah memberikan peluang buat Liverpool untuk kekal bersaing dalam EPL buat masa sekarang.

Kecenderungan Mo Salah untuk menjaringkan gol peribadi sering mendapat kritikan peminat namun amat jarang sekali peminat mempertahankan kelebihan beliau selaku penjaring gol yang konsisten untuk kelab buat beberapa musim sebelumnya.

Musim ini tidak banyak berbeza dari sebelumnya untuk Mo Salah, dengan beliau kini menjaringkan 31 gol buat Liverpool dalam semua kejohanan termasuk 22 gol dalam EPL dengan kini bersaing untuk memburu Anugerah Kasut Emas EPL. 

Hari ini merupakan hari penentuan buat Mo Salah dan Harry Kane untuk meraih Kasut Emas EPL - dan Klopp berpendapat ianya tidak lebih dari kelebihan yang dimiliki oleh pasukan buat masa sekarang. 

Menurut Klopp :

"Kedudukan kami senang dilihat tanpa jaringan dari Mo - namun ianya tidak jauh berbeza dari pasukan tanpa penjaring utama mereka".

"Saya tidak terkejut mengenai situasi itu secara jujurnya. Kami tahu rakan sepasukan akan membantu beliau tetapi Mo telah banyak juga membantu pasukan".

"Keinginan beliau, sikap profesionalisme dan 'ketamakan' beliau banyak membantu pasukan. Menjaringkan gol sebanyak ini adalah sesuatu yang amat luar biasa".

Mo Salah dijangka menjaringkan gol pada hari ini untuk membantu pasukan mengesahkan tempat ke UCL musim hadapan. 

Liverpool kini berada di kedudukan keempat liga dan jelas hanya kemenangan dengan jumlah jaringan yang selesa bakal membantu kelab untuk layak ke kejohanan tersebut. 

Namun Liverpool juga berharap Kane akan menjaringkan gol untuk menghentikan rentak Leicester bagi pemburuan slot yang sama, dan akan menduduki tangga ketiga liga jika Liverpool mencatatkan kemenangan manakala Chelsea tewas kepada Aston Villa. 

ADMIN

Pemburuan yang mendebarkan buat Mo dan LFC. YNWA. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football