Skip to main content

Pemain Yang Bakal Meninggalkan Liverpool Secara Percuma - Dan Masa Depan Mereka

The Reds dijangka melepaskan sebahagian pemain dari kelab dengan Klopp bersedia untuk melakukan sedikit rombakan dalam pasukan.


Gini Wijnaldum antara salah seorang pemain yang dijangka meninggalkan kelab sebagai ejen bebas dalam beberapa minggu lagi.

Namun itu ramai pemain utama Liverpool kini masih mempunyai baki kontrak sekurang kurangnya hingga tahun 2022.

Pelan telah dirangka untuk ejen dan kelab berbincang bagi kontrak lanjutan pemain utama pada Julai hadapan - terutama Fabinho dan Alisson Becker. 

Selepas itu kelab akan fokus untuk kontrak lanjutan buat Mo Salah dan Virgil Van Dijk pula namun ketika ini beberapa pemain dijangka akan meninggalkan kelab, termasuk beberapa pemain skuad utama.

Echo mendedahkan beberapa pemain yang mungkin meninggalkan kelab dan hala tuju masa depan mereka selepas ini.

Gini Wijnaldum

Dengan hati yang berat beliau akan meninggalkan kelab selepas menabur bakti 5 musim bersama Liverpool sebelum ini dengan kontraknya berakhir pada 30 Jun.

Pemain antarabangsa Netherland ini telah beraksi sebanyak 51 perlawanan musim lepas, dengan dilantik sebagai kapten pasukan dalam beberapa perlawanan selepas ketiadaan Jordan Henderson dan James Milner. 

Beliau sebelum ini mengakui mahu kekal lebih lama di Liverpool tetapi gagal mencapai persetujuan kontrak bersama kelab dan meninggalkan kelab pada hujung bulan hadapan.

Barcelona dijangka membawa masuk pemain ini musim panas hadapan dengan Humpry Nijman selaku ejen pemain tersebut dan penasihat undang undang, Jan Kabalt telah tiba di Nou Camp beberapa hari lepas bagi membincangkan terma untuk pemain itu. 

Adrian

Penjaga gol dari Spain itu telah menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab pada 2019. 

Beliau telah melakukan 24 penampilan bersama Liverpool sejak dua musim, lebih banyak dari yang beliau jangkakan selama ini. 

Kecederaan dan penggantungan Alisson dalam dua musim ini memberikan peluang Adrian untuk melakukan peranan lebih besar dalam kelab berbanding hanya beraksi dalam kejohanan domestik sahaja.

Beliau melakukan 11 penampilan dalam EPL musim lepas bagi membantu kelab meraih kejuaraan liga, dan melakukan 3 lagi penampilan pada musim ini. 

Laporan minggu ini mendakwa beliau masih menangguhkan perbincangan untuk kontraknya di Liverpool dengan mengintai peluang untuk kembali ke Spain.

Liverpool tidak perlu bersusah payah untuk mencari penjaga gol simpanan dengan Caomhim Kelleher sebelum ini telah beberapa kali diturunkan dan menunjukkan aksi memberangsangkan sekaligus mampu mencabar posisi Adrian sekarang.

Yasser Larouci

Pemai muda bek kiri ini dijangka akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini.

Kali terakhir beliau melakukan penampilan bersama skuad utama ketika kemenangan 1 - 0 ke atas Everton dalam aksi Piala FA pada Januari tahun lepas. 

Andy Robertson disifatkan sebagai pemain paling cemerlang di posisi itu buat masa sekarang, dengan ketibaan Kostas Tsimikas dari Olympiacos turut melenyapkan peluang Larouci untuk bersaing dengan Robbo.

Difahamkan Leeds dan Norwich berminat untuk mendapatkan pemain ini musim lepas, dengan Galatasaray turut memantau perkembangan pemain ini.

ADMIN

Ini yang akan dilepaskan secara percuma, dan tidak termasuk pemain akademi dan pemain yang akan dijual.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan