Skip to main content

Alberto Moreno : "Unai Emery Adalah Jurulatih Yang Bagus Berbanding Jurgen Klopp"

Beliau mendakwa Unai mengetahui segala galanya menjelang final Europa League awal pagi esok.


Alberto Moreno mendakwa Unai Emery adalah jurulatih terbaik ketika ini berbanding Jurgen Klopp.

Beliau kini melakukan persiapan untuk perlawanan akhir Europa League menentang Man United, di mana ianya lawan yang bukan asing buat beliau ketika menjadi pemain Liverpool dari 2014 hingga 2019. 

Mengimbau kembali kenangan beliau ketika di Anfield menerusi The Guardian, Moreno berkata :

"Hubungan saya dengan Klopp adalah sangat baik, tetapi Unai adalah jurulatih terbaik pernah saya bekerjasama".

"Beliau tahu bagaimana mengeluarkan yang terbaik dari saya, dan mengajar bagaimana keluar dari kumpulan dan menewaskan lawan".

Beliau menjadi sebahagian skuad Klopp pada final 2016 dengan tewas kepada kelabnya sekarang Sevilla dengan jaringan 3 - 1.

Ketika itu persembahan Moreno dikritik kerana membenarkan Mariano melepasi beliau hingga mendapat gol penyamaan. 

Hinggakan pemain lagenda Liverpool, Jamie Carragher mengeluarkan kenyataan pedas supaya Klopp membawa masuk pemain pertahanan kiri.

Moreno menjadi sasaran kritikan peminat selepas itu, dan meskipun Klopp menyebelahinya tetapi beliau sukar mengekalkan dirinya dalam kesebelasan utama.

Meskipun beliau sering diberikan pujian oleh Klopp, namun Moreno mengkritik bekas pengurusnya itu kerana tidak memberikan peluang untuk beliau kembali bangkit. 

Tambah Moreno :

"Melindungi saya untuk memberikan saya kepercayaan, tetapi peluang yang diberikan tidak menjadi kenyataan".

"Saya tidak tahu samada ianya keputusan Klopp atau kelab".

"Selepas perlawanan akhir menentang Sevilla, beliau meletakkan James Milner sebagai bek kiri. Jika seorang jurulatih meletakkan pemain sayap kanan di sana, jadi beliau telah menyingkirkan saya".

ADMIN

Klopp juga salah. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football