Pengurus Man City itu memberikan pendapat selepas merampas kejuaraan EPL dari Liverpool musim ini.
Beliau tahu kelab di bawah kendaliannya tidak mempunyai sejarah tersendiri seperti Liverpool namun membidas kembali pengkritik yang menafikan kejayaan beliau.
Man City menjulang kejuaraan liga ketujuh dalam sejarah kelab, berbanding 19 dan 20 kejuaraan yang masing masing dimiliki oleh Liverpool dan Man United.
Liverpool juga mengakhiri musim dengan kelebihan tersendiri, apabila mencatatkan 8 kemenangan dari 10 perlawanan terakhir liga untuk menduduki tangga ketiga EPL.
Manakala Man City mengakhiri liga dengan kemenangan besar 5 - 0 ke atas Everton, dan dianugerahkan trofi kejuaraan EPL tersebut selepas itu.
Berbicara dengan Gary Lineker, Pep membidas pengkritik kelab di mana mendakwa Man City hanya berjaya selepas berbelanja besar di oassran perpindahan pemain.
"Hasrat saya adalah tidak mengubah apa apa yang berlaku terhadap dasar negara ini".
"Kami tidak mempunyai sejarah tersendiri seperti Man United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal".
"Individu yang percaya kami melakukan semua ini disebabkan wang, mereka hanya melakukan kesilapan besar!".
"Ianya bukan begitu. Banyak lagi perkara baik yang berlaku di dalam kelab ini yang kami lakukan".
Sejak Guardiola mengambilalih tampuk pengurus pada 2016, Man City didakwa telah membelanjakan £811 juta dalam perpindahan dengan purata £537 juta setahun.
Berbanding Liverpool yang hanya berbelanja £456 juta dalam pasaran perpindahan dengan purata £114 juta.
ADMIN
Mana kata diorang la. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment