Skip to main content

Brentford Dinaikkan Ke EPL Selepas Menewaskan Swansea 2 - 0 Dalam Playoff Liga Championship

Buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut mereka berjaya melangkah ke EPL - sekaligus kelab EPL ke 50. 


Perlawanan akhir play off Liga Championship ini diadakan semalam, menemukan Brentford dan Swansea untuk merebut slot terakhir ke EPL. 

Norwich dan Watford masing masing telah ke EPL musim hadapan secara automatik, dengan Brentford sebelum itu menewaskan Bournemouth dan Swansea menewaskan Barnsley untuk mara ke perlawanan akhir di Wembley. 

Sepakan penalti Ivan Toney di awal perlawanan dan jaringan gol oleh Emiliano Marcondes, selain daripada kad merah untuk pemain Swansea Jay Fulton sudah memadai buat Brentfort mencipta sejarah layak ke EPL buat pertama kali untuk kelab tersebut. 

Brentford yang digelar The Bee, meraih tiket terakhir ke EPL sekaligus kelab ke 50 di England yang berjaya mara ke pentas EPL. 

Sebelum ini Brentford telah tewas kepada Fulham dalam aksi final playoff Liga Championship pada 2019 2020, dengan ianya pencapaian terbaik buat skuad bimbingan Thomas Frank yang hanya dinaikkan ke Liga Championship pada 2015.

Kali terakhir Liverpool bertemu Brentford adalah pada kejohanan Piala FA 1989 ketika pusingan keenam, di mana jaringan Steve Mcmahon, John Barnes dan dua gol Peter Beardsley sudah memadai untuk menewaskan Brentford 4 - 0 ketika itu.

Bekas pemain Liverpool, Sergi Canos adalah sebahagian daripada skuad Brentford sekarang dan bersama sama penjaring terbanyak Liga Championship Ivan Toney dengan 33 gol dari 48 perlawanan termasuk playoff. 

Sebelum ini mereka beraksi di Griffith Park hingga tahun lepas mereka berpindah ke stadium baru iaitu Brentford Community Stadium yang boleh memuatkan 17,250 penonton. 

ADMIN

Senarai perlawanan EPL musim baru akan keluar pada 16 Jun hadapan. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan