Kempen pertama bersama Liverpool musim ini menyaksikan beliau melakukan 20 penampilan.
Phillips beraksi bersama Liverpool sepanjang musim ini setelah kembali dari Stuttgart bagi menyelesaikan krisis kecederaan pertahanan Liverpool.
Pemain pertahanan tengah itu dijangka menyertai Swansea pada musim lepas namun perjanjian kedua dua kelab gagal dimeterai dan Klopp melihat beliau merupakan pilihan utama untuk mengisi kekosongan CB yang mengalami kecederaan jangka panjang.
Dengan VVD, Gomez, Matip yang dijangka kembali pulih dari kecederaan, selain daripada menjangkakan ketibaan Konate maka masa depan Phillips menjadi samar samar di Liverpool.
Beliau dilihat akan kembali selaku pilihan kelima pertahanan tengah dan melihat masa depan beliau mungkin terletak di kelab lain jika mahu sentiasa diturunkan.
James Pearce dari The Athletics menyatakan masa depan Nat Phillips belum lagi ditentukan namun tidak terkejut jika kelab mahu mendengar tawaran oleh kelab lain.
Difahamkan nilai pemain itu juga tidak begitu tinggi dengan penjualan musim panas dilihat lejih realistik berbanding berada di belakang VVD, Gomez, Matip dan Konate.
Beliau juga akan menarik minat beberapa kelab yang baru dinaikkan ke Premier League seperti Watford dan Norwich.
Namun begitu masih ada potensi untuk Phillips kekal di Liverpool musim hadapan selepas kelab berhasrat untuk tidak mengaktifkan pembelian tetap untuk Ozan Kabak.
Selain itu Rhys juga akan meninggalkan Liverpool secara pinjaman bersama sama Sepp Van Der Berg.
Manakala Billy Koumetio bukanlah pilihan yang sesuai selepas melalui persembahan sukar ketika Liverpool U.18 tewas kepada Aston Villa U.18 dalam aksi Piala Remaja FA.
ADMIN
Mungkin kekal atau mungkin tidak. Keputusan di tangan kelab.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment