Perjanjian bakal termeterai dalam masa 48 jam.
Pemain muda France ini merupakan sasaran Liverpool sejak musim lepas, dengan The Reds mahu memperkukuhkan barisan pertahanan mereka pada musim hadapan dan seterusnya.
Sejurus musim ini berakhir, Liverpool melakukan keputusan untuk melakukan perpindahan untuk pemain ini dengan mengaktifkan klausa perpindahan pemain ini.
Liverpool dijangka memuktamadkan perpindahan pemain ini dalam masa 24 jam, menurut beberapa sumber seperti Paul Joyce dari The Times, James Pearce dari The Athletics dan The Guardian Chris Bascombe.
Terma perjanjian bersama Konate dan wakilnya sudah dimeterai dan kini hanya menunggu mass untuk diumumkan sepenuhnya.
Pemain berketinggian 6 kaki 4 inci ini adalah pemain berkualiti tinggi, mempunyai kepantasan dan tegap ketika pertembungan bola di udara serta mempunyai banyak pengalaman bersama Leipzig dengan melakukan 95 penampilan bersama kelab di usia 22 tahun.
Beliau akan mewakili France Bawah 21 yang akan bermula Isnin ini, dan difahamkan kelab mahu melengkapkan perjanjian secepat mungkin sebelum tumpuan untuk kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun.
Konate akan bersama skuad France hingga 06 Jun, dan ini memberikan beliau peluang untuk bercuti sebelum memulakan latihan pramusim bersama Liverpool.
ADMIN
Mantap Liverpool. Diharap tiada sebarang masalah dalam proses ini. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment