Skip to main content

Liverpool Sah Mendapatkan Khidmat Ibrahima Konate Dari RB Leipzig

Pemain berusia 22 tahun ini telah bersetuju untuk menyertai Liverpool bermula 01 Julai 2021.


Beliau kini menunggu untuk proses permit kerja di UK, selepas bersetuju dengan terma perjanjian dan juga lulus ujian perubatan.

Konate menerusi Liverpool FC :

"Saya amat gembira dapat menyertai kelab yang besar seperti Liverpool".

"Ianya momen yang mengujakan buat saya dan keluarga saya dan tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan yang baru, staf kejurulatihan dan memulakan hidup baru di sini".

"Sekarang ini fokus saya adalah bersama France untuk Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah, namun selepas ini saya akan bersama salah satu pasukan terbaik dunia dan akan memberikan saya pengalaman yang baru".

"Saya telah bekerja keras selama ini untuk mencapai tahap sekarang, namun saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di RB Leipzig dan semua yang berada di sana - staf kejurulatihan, rakan sepasukan dan termasuk peminat".

"Sokongan anda di sana bukan sahaja menjadikan saya menjadi pemain terbaik tetapi menjadikan saya individu yang matang. Saya bersyukur dengan semua itu".

Sebelum menyertai Leipzig, Konate sebelum itu telah bermain untuk Sochaux selaku pemain senior selepas bermain untuk akademi kelab tersebut.

Nombor jersi beliau akan ditentukan kemudian.

ADMIN

Welcome to LFC, Ibrahima Konate. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football