Skip to main content

Jurgen Klopp Enggan Berbicara Mengenai Masa Depan Ozan Kabak

Liverpool akan membuat keputusan selepas musim ini berakhir, termasuk pembelian tetap untuk Ozan Kabak yang bernilai £18 juta.


Namun Klopp memuji perkembangan dan sumbangan beliau terhadap Liverpool di mana beliau tiba untuk menyelesaikan krisis pemain pertahanan yang mengalami kecederaan jangka panjang musim ini. 

Beliau juga kini mengalami kecederaan otot yang memaksa beliau terlepas baki 5 perlawanan akhir liga, dengan kini melakukan 13 penampilan sebagai landasan untuk pembelian tetap oleh LFC.

Kabak sebelum ini menyatakan hasrat untuk kekal di Liverpool tetapi setakat ini Klopp enggan mengulas mengenai masa depan pemain tersebut.

Menurut Klopp :

"Ozan sememangnya pemain yang bagus. Beliau melakukan tugasnya dengan baik dan jangan lupa beliau adalah pemain muda yang berpengalaman luas".

"Kelab yang berbeza apabila beliau berhijrah dari Turki ke Germany, bermain di dua kelab yang besar di Germany tetapi masalah bukanlah dari beliau dan kita dapat lihat apa yang beliau mampu lakukan di sini".

"Beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan beliau akhirnya beraksi dengan sangat bagus bersama kami".

"Saya tidak mahu menyebut mana mana perlawanan tetapi dua perlawanan menentang Leipzig adalah aksi terbaik buat beliau jika dilihat dari kekuatan Leipzig ketika ini".

"Namun kita akan menentukan masa depan beliau selepas perlawanan terakhir liga, banyak masa untuk membincangkan perkara itu dan saya tidak mahu bercakap mengenai itu sekarang".

Liverpool mempunyai peluang untuk membawa masuk Kabak dengan nilai £18 juta, namun pada masa yang sama menyasarkan khidmat Ibrahima Konate dengan nilai £34 juta dan ianya akan ditentukan pada musim panas hadapan.

ADMIN

Tak lihat Kabak akan kekal di kelab untuk musim hadapan. Apa pun ianya keputusan Klopp. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football