Skip to main content

Liverpool Berjaya Mendapatkan Ibrahima Konate Dari RB Leipzig.

 


Liverpool berhasil memeterai kontrak dan syarat peribadi beberapa minggu sebelum ini. Maka dengan perpindahan ini Liverpool berjaya menyelesaikan perpindahan pemain ini lebih awal. 

Wartawan dari Itali, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa pemain kelahiran Perancis ini berjaya ke Liverpool. 

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1397164620851335168?s=19

Pada 26 April lalu, syarat peribadi berjaya dipersetujui kedua-dua pihak dengan 5 tahun kontrak sehingga 2026. Dikhabarkan €35 juta untuk mengaktifkan klausa pembelian beliau.  

Dalam beberapa hari mungkin akan ada pengumuman daripada Liverpool. 

Dengan pembelian ini maka spekulasi mengenai Duja Caleta-Car dari Olympique Marseille berjaya ditamatkan. 

Kemungkinan besar Ozan Kabak tidak akan dibeli secara tetap oleh Liverpool walaupun dengan yuran €18 juta yang diminta oleh pihak Schalke 04. Agar tidak menjadi lambakan pemain dibahagian pertahanan Liverpool musim depan setelah kembalinya Van dijk, Gomez dan Matip. 


ADMIN :

Jika Liverpool mahu mendapatkan Kabak mungkin sama ada Matip, Nat Phillips atau Ben Davies akan dilepaskan. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football