Perbincangan untuk kontrak baru kedua dua pemain itu akan dimulakan pada musim panas hadapan.
Selain itu beliau juga akan diberikan bonus untuk rekod tanpa bolos dan bukan jaringan gol meskipun menjaringkan gol kemenangan ke atas WBA minggu lepas sekaligus tercatat dalam sejarah kelab.
Begitu juga Fabinho yang akan ditawarkan kontrak lanjutan di kelab pada musim panas hadapan, dengan pemain dari Brazil itu dianggap sebagai pemain paling konsisten dalam pasukan meskipun mengharungi musim yang sukar kali ini.
Jurgen Klopp mahu mengekalkan kedua dua pemain itu dalam jangka masa lama dan perbincangan akan dilakukan pada musim panas ini.
Liverpool boleh mengaktifkan klausa tambahan untuk lanjutan setahun lagi kontrak Alisson yang bakal berakhir tiga tahun lagi, tetapi kelab mahu menawarkan kontrak baru kepada beliau di atas kecemerlangan beliau ketika ini.
Fabinho juga masih berbaki dua tahun kontrak tetapi kelab mahu melanjutkan kontrak beliau sekurang kurangnya pada umur melebihi 30 an.
ADMIN
Selain itu kelab juga mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak baru Virgil Van Dijk dan Mo Salah.
Sumber : David Maddock - Daily Mirror
Comments
Post a Comment