Skip to main content

Rhys William Dijangka Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Musim Hadapan

Dengan ketibaan Ibrahima Konate, pemain muda ini dijangka akan beraksi di kelab lain buat sementara meskipun membantu kelab di saat krisis musim ini.


Sebelum musim ini, Rhys William bukanlah pemain yang dipertimbangkan untuk diserapkan dalam skuad utama Liverpool dengan sebelum ini dipinjamkan ke kelab non league Kidderminister Harrier.

Namun pemain berusia 20 tahun itu bergandingan baik bersama sama Nat Phillips dalam 5 perlawanan terakhir liga dengan mencatatkan 5 kemenangan dan mengesahkan kedudukan ketiga EPL musim ini. 

Secara keseluruhan Rhys melakukan 19 penampilan bersama kelab, dengan 10 kali diletakkan dalam kesebelasan utama dalam kempen EPL dan UCL selain daripada mencatatkan rekod tanpa bolos ketika menentang Midtyjdlland, Atalanta, Southampton, Burnley dan Crystal Palace.

Namun musim lain sememangnya agak berbeza dengan kembalinya Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip dari kecederaan, selain daripada menjangkakan ketibaan Ibrahima Konate dari Leipzig dengan nilai £34 juta. 

Ozan Kabak akan kembali ke Schalke, dan kelab masih mempertimbangkan samada Phillips akan kekal dalam skuad utama atau tidak.

Menurut Neil Jones dari Goal, Rhys William kemungkinan dipinjamkan ke kelab lain untuk perkembangan prestasi beliau yang selanjutnya. 

Berkemungkinan beliau akan dipinjamkan ke kelab Liga Championship, namun berpotensi juga untuk dipinjamkan ke kelab EPL lain berikutan pengalaman yang diperolehi beliau bersama Liverpool.

Setakat ini Liverpool telah menerima dua tawaran dengan Sepp Van Der Berg berkemungkinan dipinjamkan ke Preston, manakala Southampton berminat untuk meminjam Takumi Minamino untuk tempoh semusim lagi. 

ADMIN

Pinjaman ke kelab lain adalah sesuatu yang baik untuk Rhys. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan