The Reds menamatkan musim yang padat bersama sama peminat selepas membenam Crystal Palace 2 - 0.
Beberapa bulan lepas, Liverpool dilihat hampir gagal mara ke kejohanan Eropah dengan keputusan perlawanan yang tidak memberangsangkan.
Namun empat kemenangan berterusan Liverpool telah meletakkan Liverpool kembali ke slot UCL untuk musim hadapan dengan keputusan perlawanan yang lain membantu kelab itu menduduki tangga ketiga EPL selepas 38 perlawanan.
Kecederaan demi kecederaan dilihat menjejaskan kekuatan Liverpool, dan ianya digambarkan oleb Jurgen Klopp sebagai sesuatu yang sukar dipercayai musim ini.
Menurut Klopp menerusi BBC Radio 5 :
"Sangat mengagumkan - sangat bagus jika difikirkan. Kami mahu merasai suasana ini, perlawanan ini dan perasaan ini".
"Menamatkan musim ini di tangga ketiga adalah sungguh menakjubkan. Sukar dipercayai - kredit kepada semua pemain bagaimana mereka melakukan beberapa minggu lepas. Sangat menakjubkan".
"Saya amat berbangga dengan reaksi pemain ketika melalui masa sukar. 8 kemenangan dan 2 seri, sangat menakjubkan".
"Ini bukan tahun kami untuk meraih sebarang kejuaraan. Tetapi saya gembira dapat meraih tempat ketiga dalam EPL".
Klopp juga memuji persembahan pemain pertahanan tengah Liverpool dan juga Gini Wijnaldum, yang akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini setelah 5 musim menabur bakti di kelab.
Tambah Klopp :
"Rhys William dan Nat Phillips masing masing mendapat luka dan dijahit, sebelum ini Rhys tidak dapat menjalani latihan selama 3 hari dan Gini bakal meninggalkan kelab".
"Kami akan merindui beliau. Sudah pasti dalam bolasepak ianya normal jika pemain melangkah pergi, namun beliau akan dirindui".
ADMIN
Pencapaian yang sungguh memberangsangkan ketika menuju 10 perlawanan terakhir. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment