Penyerang Spurs itu difahamkan mahu meninggalkan kelab itu musim panas ini.
Bekas pemain Liverpool menyifatkan Liverpool adalah destinasi terbaik buat Kane, tetapi harga pembelian beliau adalah sesuatu yang tidak masuk akal buat perpindahan mega pada musim panas ini.
Sebelum ini Harry Kane telah menyatakan hasrat untuk berhijrah dari Spurs, dan Gary Neville mendakwa pemain itu telah berbincang dengan Daniel Levy mengenai hasratnya itu.
Dengan 165 gol dicatatkan oleh pemain Spurs itu, beliau disifatkan sebagai salah seorang penyerang terbaik di generasinya namun perpindahan beliau dijangka mencecah nilai £ 100 juta pada musim panas hadapan.
Man City, Man United dan Chelsea difahamkan menyatakan minat buat pemain itu tetapi Carra berpendapat pemain itu amat sesuai dengan corak permainan yang diterapkan Jurgen Klopp di Liverpool.
Menurut Carra menerusi kolumnya di Telegraph :
"Dari semua kelab yang menarik minat Harry Kane, salah satu kelab yang boleh menjadi destinasi terbaik beliau namun tidak disebut adalah Liverpool".
"Kane akan mudah menyesuaikan diri dalam pasukan Liverpool, yang akan serasi dalam penyerang tiga serangkai di mana beliau boleh bermain dua peranan selaku penyerang yang boleh turun ke bawah dan juga penyerang klasik bernombor 9".
"Beliau adalah jalan penyelesaian buat masalah Liverpool ketika ini, dan akan serasi bekerja di bawah Jurgen Klopp setelah bersama Poch seketika dahulu".
"Saya sukakan peranan yang Firmino lakukan terhadap kelab lama saya - beliau kini telah menemui sentuhan jaringannya sejak beberapa minggu lepas namun tiada yang dapat menyangkal Kane boleh melakukan lebih banyak berbanding Firmino".
"Selain dari Kevin de Bruyne, Kane adalah pemain kegemaran saya di EPL".
"Jika Klopp berfikir perpindahan itu boleh dilakukan, beliau akan cuba melakukan".
Namun Carragher juga berpendapat mengambil pemain dengan harga setinggi itu di saat umurnya mencecah 28 tahun musim panas ini bukanlah pilihan buat Jurgen Klopp.
Carra juga berpendapat perpindahan mega untuk pemain yang jauh lebih muda seperti Kylian Mbappe, Jadon Sancho dan Erling Haaland lebih berbaloi.
Tambah Carra :
"Realistiknya Liverpool tidak memburu Harry Kane kerana beliau mencari kelab untuk memenuhi impiannya".
"Prinsip Liverpool adalah jelas. Perpindahan mega seperti itu jarang memberikan impak serta merta".
"Peminat Liverpool kini lebih bijak untuk memikirkan perpindahan yang tepat. Mana mana kelab akan memikirkan untuk berbelanja lebih £100 juta untuk pemain bintang lebih muda seperti Kylian Mbappe, Jadon Sancho atau Erling Haaland".
"Terlalu ramai bakat besar di dunia yang lebih mudah ketika ini, Kane hanya mahu berpindah kerana menghadapi saat saat sukar dalam kariernya dan meningkatkan nilai perpindahan".
ADMIN
Kenapa perlu berbelanja besar untuk pemain lewat 20 an sedangkan boleh ambil lebih muda?
Liverpool hanya melakukan perpindahan yang tepat.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment