Jurgen Klopp dijangka memberikan cuti tambahan buat para pemainnya.
Ketika ini pemain Liverpool sedang bercuti selepas berakhirnya EPL, meskipun majoriti pemain kini terlibat dalam aksi antarabangsa bersama pasukan kebangsaan.
Takumi Minamino menjaringkan 2 gol ketika Jepun membelasah Myanmar 10 - 0 semalam, manakala pemain baru Ibrahima Konate dijangka akan turun bersama skuad France Bawah 21 Tahun menentang Netherland pada petang Isnin.
Kejohanan Euro akan bermula pada bulan hadapan, serentak bersama Copa America dan Kejohanan Olimpik pula dijangka bermula pada Julai dengan Minamino, Konate dan Mo Salah dipertimbangkan untuk beraksi bersama skuad Olimpik.
Namun pelan telah dirangka untuk pemain pemain melapor diri di Kirkby pada Julai, dengan Klopp berharap Virgil Van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez akan kembali untuk menjalani latihan pramusim.
Menurut James Pearce dari The Athletics, pemain Liverpool dijangka melapor diri pada 12 Julai 2021, lewat seminggu dari jadual asal.
Musim lepas menyaksikan Liverpool memulakan latihan pramusim pada Ogos.
Seperti kebiasaannya sebelum ini, Klopp hanya memberikan pemainnya bercuti sekurang kurangnya 6 minggu selepas berakhirnya EPL hingga bermula latihan pramusim, dengan pasukan yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa akan kembali lebih lewat.
Namun musim ini menyaksikan Klopp memberikan cuti tambahan kepada anak buahnya selama 7 minggu, untuk memberikan lebih ruang rehat kepada pemainnya yang melalui jadual yang padat sejak dua musim lepas.
Final Copa America dijangka berlangsung pada 10 Julai, manakala Euro sehari selepas itu dan ini bermakna pemain yang terlibat dalam kejohanan itu dijangka tidak kembali ke Liverpool sehingga awal Ogos.
Pemain yang dijangka kembali pada hari pertama latihan pramusim adalah Virgil Van Dijk, Gomez dan Matip selain dari Sadio Mane, James Milner, Alex Oxlade Chamberlain, Nat Phillips, Kostas Tsimikas, Divock Origi, Rhys William, Caomhim Kelleher, Curtis Jones dan Naby Keita.
Pemain yang dipinjamkan sebelum ini iaitu Harvey Elliot, Marko Grujic, Loris Karius dan Taiwo Awoniyi juga dijangka menyertai skuad sebelum masa depan mereka ditentukan ketika itu.
Trent Alexander Arnold juga kembali ketika itu jika digugurkan dari skuad kebangsaan England, manakala Mo Salah juga akan kembali jika tidak terlibat dalam persiapan Olimpik.
Liverpool belum lagi merancang perlawanan persahabatan untuk pramusim, dengan perlawanan persahabatan dua kali menentang Man United masih dalam perbincangan ketika ini.
Kem latihan juga dirancang samada di France atau Austria.
ADMIN
Cuti tambahan. It will be great.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment