The Reds berjaya mengelakkan potensi pertembungan dengan Borussia Dortmund selepas Chelsea menjulang UCL dengan menewaskan Man City 1 - 0.
Kejuaraan kedua UCL The Blues ini secara automatik melayakkan mereka berada dalam Balang 1 dalam undian UCL musim hadapan.
Villareal yang menjulang kejuaraan UEL selepas menewaskan "sedara" Manchester iaitu Man United menerusi sepakan penalti juga akan berada dalam Balang 1.
Kedua dua pasukan tersebut akan menyertai pasukan dalam Balang 1 - di mana mengandungi juara liga dari Negara Top 6 UEFA seperti Man City, Atletico Madrid, Bayern Munich, Inter Milan, Lille dan Sporting Lisbon.
Liverpool pula berada dalam Balang 2, bersama sama Real Madrid, Barcelona, Man United dan yang terkini, Borussia Dortmund yang bakal dialih dari Balang 3 selepas kejayaan Chelsea tersebut.
Ini bermakna Klopp tidak akan diundi untuk menentang bekas kelabnya sekurang kurangnya hingga peringkat Pusingan Kedua Kalah Mati UCL.
Berikut adalah kedudukan pasukan dalam setiap Balang untuk undian Peringkat UCL yang terkini.
Balang 1 : Chelsea, Villareal, Bayern Munich, Lille, Sporting Lisbon, Inter Milan, Man City, Atletico Madrid.
Balang 2 : Liverpool, Real Madrid, Barcelona, Juventus, PSG, Sevilla, Man United, Borussia Dortmund. ( Balang bekas juara ... Haha )
Balang 3 : Ajax, RB Leipzig, Atalanta, Porto, Zenit St Petersburg
Balang 4 : AC Milan, Wolfsburg
Besiktas, Dynamo Kiev dan Club Brugge akan berada samada dalam Balang 3 atau 4, bergantung dengan ranking mereka di UEFA dan juga pusingan kelayakan.
Celtic, Rangers, Red Bull Salzburg, Slavia Prague, Shakhtar Donetsk, Monaco, Benfica, Genk, Spartak Moscow, Olympiacos, Young Boys, Red Star, PSV, Rapid Wein dan Galatasaray antara pasukan yang berada di pusingan kelayakan.
ADMIN
Semuanya akan lengkap selepas pusingan kelayakan dan playoff pada Ogos hadapan.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment