Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Liverpool Akan Menentang Aston Villa Dalam Piala FA - Serta Pertemuan Pasukan Lain

Ianya merupakan perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA di mana ianya melibatkan kelab kelab EPL dan Liga Championship.  Spurs akan berhadapan dengan skuad kecil dari Merseyside, Marine FC dengan kini berada dalam Liga Divisyen Satu Bahagian Utara untuk West Side yang sebelum ini berjaya menewaskan Havant and Waterlooville baru baru ini.  Skuad Jose Mourinho ini akan bertandang ke Crosby dalam perlawanan menentang skuad Neil Young yang rata rata cuma bermain secara sambilan namun telah melakukan kejutan terbesar dalam bolasepak Inggeris.  Menurut Neil Young : "Ianya satu perlawanan yang hebat untuk kelab ini. Tiada yang lebih baik daripada perlawanan ini". "Jose Mourinho di Marine. Ianya hebat, kami tidak sabar menantikan perlawanan ini. Ianya ganjaran untuk semua pihak yang telah berusaha membawa pasukan ke tahap ini". "Kami akan merancang yang terbaik. Kebiasaannya Jose akan meletakkan skuad terbaiknya sebelum perlawanan. Kami telah memenangi 7 perlawanan sebelum

Thiago Alcantara Bakal Terlepas Perlawanan Sepanjang Tahun Ini

Beliau mengalami kecederaan sejak Merseyside Derby pada Oktober lepas. Dan Jurgen Klopp menjelaskan bahawa pemain itu mungkin belum dapat bermain hingga akhir tahun ini setelah menerima impak teruk yang menyebabkan beliau tidak dapat diturunkan.  Thiago telah tersisih sejak Oktober lepas apabila diterjah keras oleh Richarlison hingga menyebabkan pemain itu dilayangkan kad merah.  Meskipun beliau bermain hingga tamat perlawanan, Thiago menyatakan masalah pada lutut beliau selepas perlawanan.  Thiago sebelum ini telah dilihat menjalani latihan ringan tetapi beliau tidak dilihat diturunkan dalam aksi sebenar hingga menyebabkan segelintir peminat risau bahawa beliau mungkin mengalami kecederaan serius.  Difahamkan beliau tidak mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan, tetapi rawatan dan pemulihan beliau mengambil masa lebih lama untuk beliau.  Jurgen Klopp mengakui bahawa Thiago mungkin tersisih untuk beberapa minggu lagi dan beliau dijangka boleh bermain pada awal Tahun Baru nanti.

"Sukar, Namun Kami Harus Fokus Ke Masa Depan" - Jordan Henderson

Kapten Liverpool itu sukar menerima kenyataan bahawa mereka hanya berkongsi mata dengan Brighton tetapi menjelaskan The Reds akan fokus untuk perlawanan seterusnya. Liverpool menyaksikan dua gol mereka dibatalkan oleh VAR disebabkan ofsaid dalam perlawanan menentang Brighton meskipun mendahului menerusi gol Diogo Jota.  Namun begitu Pascal Gross menyamakan kedudukan di lewat perlawanan selepas VAR mendakwa Andy Robertson telah mengasari Danny Welbeck di dalam petak penalti. Jordan Henderson berikrar untuk memberikan respon terbaik apabila bertemu Ajax dalam aksi UCL awal pagi Rabu ini.  Menurut Henderson menerusi Liverpool FC : "Sangat mengecewakan, lebih lebih lagi ianya berlaku di lewat perlawanan. Sukar untuk diterima". "Ianya nampak tidak adil buat kami, tetapi kami harus fokus untuk perlawanan seterusnya. Itu keputusan yang telah dilakukan, walaupun keputusan itu jelas amat tidak sepatutnya berlaku. Namun itulah yang terjadi". "Saya tidak merasakan ianya m

Jurgen Klopp Mendedahkan Perkembangan Thiago Dan Ox Sambil Membidas Wilders

Kedua dua pemain itu dijangka terlepas perlawanan menentang Ajax dan Wolves pada minggu hadapan.  Dan Klopp juga membidas kenyataan Chris Wilders sebelum itu yang melabelkan beliau sebagai ahli politik berkelas dunia di mana keinginannya untuk FA mengubah pertukaran pemain daripada 3 kepada 5 pemain dalam satu perlawanan.  Liverpool boleh menempah tiket ke pusingan kedua kalah mati UCL dengan sekurang kurangnya seri dengan Ajax sebelum melayani kunjungan Wolves beberapa hari kemudian.  Namun pengurus Liverpool itu mendedahkan Thiago dan Oxlade tidak akan bermain untuk kedua dua perlawanan tersebut.  Thiago tidak bermain sejak mengalami kecederaan lutut ketika menentang Everton pada 17 Oktober, dengan Oxlade pula mengalami kecederaan sejak musim panas lepas.  Menurut Klopp :  "Saya belum lagi memikirkan mengenai Ajax dan Wolves, namun mereka berdua tidak akan diturunkan". Klopp kehilangan seorang lagi pemain dengan James Milner mengalami kecederaan hamstring hingga terpaksa di

VAR Sekali Lagi Menidakkan 3 Mata Liverpool : Seri 1 - 1 Dengan Brighton

Jaringan penalti lewat perlawanan oleh Pascal Gross memastikan The Reds berputih mata untuk meraih 3 mata penuh di Amex Stadium. Jurgen Klopp hari ini merombak kesebelasan utama dengan Sadio Mane direhatkan dan Joel Matip tidak disenaraikan namun Jordan Henderson kembali di bangku simpanan.  Manakala Adam Lallana pula disenaraikan di bangku simpanan Brighton.  Liverpool memulakan perlawanan dengan baik berbanding Atalanta, dengan Brighton terpaksa melakukan pintasan seawal minit pertama dengan Jota melepasi kawalan pemain Brighton dan disusuli hantaran lintang untuk Mo Salah. Selang seminit selepas itu, hantaran jauh Fabinho menemui Mo Salah yang melakukan larian di hadapan gol namun rembatan padu beliau tersasar.  Namun minit ke 19, pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti setelah Neco menjatuhkan Connolly di dalam petak penalti tetapi sepakan penalti yang diambil Maupay tersasar dari gawang.  Liverpool terus berusaha mencari gol pendahuluan, dan berhasil menerusi tolakan Firmin

Rio Ferdinand Mempersoalkan Adakah Liverpool Benar Berminat Dengan Timo Werner

Liverpool dikaitkan dengan pemain itu pada musim panas lepas namun tidak meneruskan bidaan, dan menyaksikan pemain itu menyertai Chelsea. Dan bekas pemain Man United itu mempersoalkan adakah Liverpool benar benar berminat untuk mendapatkan pemain itu.  Jurgen Klopp sebelum ini bergelut untuk menambahkan sengat serangan pasukan Liverpool, untuk melalui kempen musim yang sukar seperti yang dilihat sekarang. Dan bintang RB Leipzig ini menjadi sasaran buat Liverpool sebelum kelab itu tidak meneruskan hasrat mereka, dan Werner akhirnya menyertai Chelsea.  The Reds kemudiannya membawa masuk Diogo Jota, dengan impak luar biasa yang diberikan pemain tersebut yang menjaringkan 8 gol dari 12 penampilan keseluruhan.  Dan Rio Ferdinand menyatakan adakah Liverpool benar berminat dengan Werner sebelum mendapatkan Jota.  "Saya ingin mengetahui adakah Liverpool selama ini berminat dengan Werner?" "Kerana apabila Jota menyertai skuad mereka tampak lebih gembira dengan situasi itu".

Jurgen Klopp Membandingkan Situasi Kontrak Wijnaldum Dengan Emre Can

Pemain antarabangsa Netherland itu kini memasuki fasa akhir kontraknya di Liverpool. Jurgen Klopp kekal positif bahawa Gini Wijnaldum akan menandatangani kontrak lanjutan di Liverpool. Namun beliau juga membandingkan situasi Wijnaldum dengan Emre Can pada 2018, yang meninggalkan kelab itu pada hujung musim selepas kedua dua pihak tidak bersetuju untuk kontrak lanjutan.  Gini Wijnaldum kini memasuki bulan terakhir kontraknya di Liverpool dan boleh bercakap dengan mana mana kelab di luar England bermula Januari hadapan. Setakat ini tiada perkembangan baru mengenai kontrak lanjutan Gini Wijnaldum dengan Liverpool juga menghentikan sebarang perbincangan terhadap mana mana kontrak baru terhadap pemain sejak bermulanya penangguhan bolasepak.  Namun begitu Wijnaldum merupakan salah seorang pemain tengah kepercayaan Klopp musim ini dengan telah melakukan 15 dari 16 penampilan dalam semua kejohanan setakat ini bersama Liverpool. Menurut Klopp : "Saya tidak boleh bercakap banyak mengenai it

Jadual Perlawanan EPL Untuk Disember 2020 Melibatkan Liverpool FC

Pihak EPL mengumumkan jadual untuk Disember setelah berbincang bersama syarikat penyiaran. Dan berikut adalah jadual EPL melibatkan Liverpool FC untuk Disember. LIVERPOOL vs WOLVES Ahad 06 Disember 2020, 7.15 malam ( Waktu Malaysia : Isnin 07 Disember 2020, jam 3.15 pagi ) FULHAM vs LIVERPOOL Ahad 13 Disember 2020, 4.30 petang  ( Waktu Malaysia : Isnin 14 Disember 2020, jam 12.30 pagi ) LIVERPOOL vs SPURS Rabu 16 Disember 2020, 8.00 malam ( Waktu Malaysia : Khamis 17 Disember 2020, jam 4.00 pagi ) CRYSTAL PALACE vs LIVERPOOL   Sabtu 19 Disember 2020, jam 12.30 tengahari ( Waktu Malaysia : Sabtu 19 Disember 2020, 8.30 malam ) LIVERPOOL vs WBA Ahad 27 Disember 2020, jam 4.30 petang ( Waktu Malaysia : Isnin 28 Disember 2020, 12.30 pagi ) NEWCASTLE UNITED vs LIVERPOOL  Rabu 30 Disember 2020, jam 8.00 malam ( Waktu Malaysia : Khamis 31 Disember 2020, 4.00 pagi ). ADMIN Save the date. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Perlawanan Midtyjdland - Liverpool Bakal Dilangsungkan Di Signal Iduna Park, Germany

Ianya disebabkan dengan halangan perjalanan dari UK ke Denmark.  Laporan sebelum ini menyebut larangan itu dilakukan setelah munculnya strain coronavirus baharu di Denmark, dengan mana mana individu yang kembali dari sana harus menjalani kuarantin selama 14 hari. Pengecualian telah diberikan sebelum ini untuk pasukan Iceland ketika menentang England di Wembley, yang ketika itu baru pulang dari Copenhagen.  Namun pengecualian itu tidak diberikan kepada Liverpool dan disebabkan itu UEFA terpakss mencari venue yang sesuai untuk perlawanan melibatkan kedua dua pasukan itu berlangsung. Dan Borussia Dortmund telah mengesahkan bahawa Signal Iduna Park telah bersedia untuk mengadakan perlawanan tersebut pada 09 Disember 2020 jam 5.55 petang waktu UK.  Namun keputusan itu akan berubah mengikut keputusan kerajaan jika terdapat perubahan samada larangan perjalanan ke Denmark masih berkuatkuasa atau pengecualian akan diberikan oleh kerajaan.  Dengan perlawanan di gelanggang berkecuali telah disahk

Jordan Henderson Berkemungkinan Kembali Beraksi Namun 4 Pemain Dijangka Terlepas

Difahamkan kapten Liverpool itu telah menjalani latihan penuh pada hari ini.  Hendo tersisih dari perlawanan menentang Leicester dan Atalanta minggu ini berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika England menentang Belgium pada 2 minggu lepas. Namun beliau dilihat telah menjalani latihan berpasukan di Kirkby hari ini dengan Liverpool bersedia untuk melakukan persiapan menentang Brighton pada esok.  Jordan Henderson kembali tepat pada masanya dengan Liverpool kini dilanda krisis kecederaan di bahagian pertahanan dan tengah buat masa sekarang.  Pemain tengah seperti Naby Keita, Alex Oxlade Chamberlain, Thiago dan Xherdan Shaqiri dijangka bakal terlepas perlawanan di Selatan England pada hujung minggu ini.  Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Brighton 3 - 1 pada Julai lepas dan ketika itu juga Jordan Henderson mengalami kecederaan hingga memaksa beliau tersisih dalam baki 4 perlawanan terakhir liga serta berusaha untuk pulih untuk menghadapi liga musim ini pada Ogos dan Sep

"Liverpool FC Buktikan Keajaiban Dalam Bolasepak Itu Wujud! - Diego Maradona

Mendiang sebelum ini telah menyatakan kekagumannya terhadap Liverpool ketika perlawanan akhir UCL 2005 menentang Milan. Dan ketika itu Maradona menyatakan satu petikan ayat ketika Liverpool melakukan comeback setelah ketinggalan 3 - 0 untuk bangkit menyamakan kedudukan 3 - 3 dan seterusnya menjuarai kejohanan tersebut.  "Mereka telah membuktikan keajaiban dalam bolasepak itu wujud" "Sekarang ini saya menjadikan Liverpool kelab Inggeris kegemaran saya. Mereka telah menunjukkan bahawa bolasepak adalah sukan yang paling indah di dunia. Penyokong Liverpool tidak membenarkan saya tidur sebelum itu, nisbah mereka adalah 10 orang berbanding 3 penyokong Milan". "Mereka masih memberikan sokongan padu buat pasukan meskipun ketinggalan 3 - 0 pada separuh masa pertama dan tidak berhenti menyanyi". Bolasepak di Amerika Selatan tidak jauh bezanya dari bolasepak di England atau seluruh dunia, dan itu sebab mengapa mendiang mengambil tahu mengenai Liverpool sejak kebelaka

Liverpool Tumbang Ke Atas Atalanta 2 - 0 Di Halaman Sendiri

Harapan untuk layak ke pusingan kalah mati lebih awal tersentak dengan Liverpool gagal menghasilkan percubaan tepat sepanjang perlawanan.  Awal pagi ini Jurgen Klopp membariskan pemain yang jarang diturunkan seperti Rhys William, Kostas Tsimikas dan Divock Origi dengan Firmino serta Jota di bangku simpanan.  Mo Salah yang kini pulih dari Covid 19 juga diturunkan.  Namun Atalanta pasukan pertama yang melakukan serangan ke kubu Liverpool apabila Ilicic cuba memanfaatkan kesilapan hantaran Mo Salah seawal minit ketiga dan melepaskan rembatan luar petak namun tinggi melewati palang.  Giliran Gosens pula menguji kecekapan Alisson di minit ke 9, apabila melepasi kawalan dari Neco dan melepaskan rembatan padu ke sudut gol namun penjaga gol Brazil itu mempamerkan ketangkasan beliau.  Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan kebanyakan bola dikuasai oleh Atalanta dan Liverpool lebih banyak bertahan dan terlalu banyak kesilapan dari segi hantaran.  Hanya pada minit ke 43 barulah satu s

Lagenda Argentina Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun

Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia. Jurulatih pasukan Gimnasia sebelum ini dimasukkan ke hospital pada awal November, selepas mengadu diserang keletihan selepas sehari meraikan hari jadinya.  Ujian susulan di salah sebuah klinik La Plata mengesahkan terdapat ketulan darah beku pada otaknya dan doktor mengesahkan bahawa pembedahan di otak beliau telah berjaya dilakukan.  Maradona kemudiannya keluar dari hospital dan akan menjalani rawatan susulan sebagai pesakit luar dan ke destinasi kediaman peribadi di Tigres yang terletak di utara Buenos Aires.  Namun pada pagi Rabu, beliau mengalami serangan jantung dan pakar perubatan gagal untuk menyelamatkan beliau ketika itu. Maradona sebelum ini memulakan karier di Argentinos Juniors seawal usia 16 tahun dan dianggap antara pemain terbaik di dunia sepanjang zaman. Kemudian beliau berhijrah ke Boca Juniors, Barcelona, Napoli, Sevilla dan Newell's Old Boys selaku pemain. Manakala beliau pernah menjad

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool FC vs Atalanta

Sadio Mane akan menjadi pemain kelima Liverpool yang menjaringkan 20 gol di kancah Eropah jika berjaya melakukannya hari ini. Beliau telah menjaringkan 19 gol dalam 38 perlawanan bersama Liverpool dalam kancah Eropah.  Manakala James Milner akan melakukan penampilan beliau ke 50 dalam kejohanan Eropah bersama Liverpool jika diturunkan pada awal pagi esok.  Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang perlawanan Liverpool vs Atalanta. Kemenangan seterusnya buat Liverpool akan menjamin laluan ke peringkat pusingan kedua kalah mati UCL dengan berbaki 2 perlawanan. Liverpool pernah melakukannya sekali pada musim 2006 2007.  Jika Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan pada awal pagi esok, ianya merupakan pertama kali Liverpool mencatatkan kemenangan 4 kali berterusan dalam peringkat kumpulan UCL.  Gol seterusnya buat Liverpool adalah ke 50 dalam kancah Eropah di bawah Jurgen Klopp. Roberto Firmino memegang rekod kelab sebagai penjaring terbanyak dalam peringkat kumpulan UCL dengan 6

Jurgen Klopp : "Saya Amat Gembira Dengan Bobby dan Jota"

Roberto Firmino menjaringkan gol di lewat perlawanan selepas kuisan beliau sebelum itu dinafikan dengan hanya beberapa milimeter.  Dan Jurgen Klopp menyatakan reaksi pemain Liverpool terhadap gol Firmino merupakan satu penghargaan untuk kerja keras beliau dari rakan selama ini.  Firmino mempamerkan prestasi yang cemerlang ketika membantu Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Leicester untuk kembali ke kelompok atasan liga.  Sebelum itu beliau hampir untuk menjaringkan gol sebelum pemain Leicester menafikannya dengan mengeluarkan bola di atas garisan, setelah beberapa percubaan sebelum itu terkena tiang gol.  Ulang tayang menunjukkan bahawa bola itu hampir melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan, namun Bobby terus berusaha dan akhirnya mendapatkan gol menerusi tandukan hasil sepakan sudut.  Berikut adalah kenyataan daripada Jurgen Klopp : " Adakah saya gembira? Sudah semestinya!" "Saya tahu anda telah melihat lebih dahulu dari saya, jaringan yang dinafikan oleh gol l

Liverpool Kehilangan Dua Khidmat Pemain Meskipun Menang Ke Atas Leicester

Liverpool menang selesa 3 - 0 ke atas Leicester awal pagi tadi.  Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Naby Keita mengalami kecederaan hamstring pada awal pagi tadi.  Karier Keita di Liverpool sekali lagi terhenti sekaligus menghadkan masa permainan beliau di Liverpool, dan awal pagi tadi hanya sempat bermain 53 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Neco William.  Klopp mendedahkan pemain itu akan menjalani imbasan untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaannya dengan Liverpool kini berhadapan dengan jadual padat perlawanan.  "Beliau merasai sesuatu pada otot hamstring dan tidak dapat meneruskan permainan, kalau tidak beliau akan kekal bermain". Selain itu Klopp juga menyatakan bahawa Xherdan Shaqiri mengalami kecederaan otot ketika tugasan antarabangsa bersama Switzerland.  Tambah Klopp : "Shaq, sepengetahuan saya beliau mengalami masalah otot yang tidak disedari ketika bersama Switzerland". "Pada mulanya beliau telah menjalani latihan

Mo Salah Dijangka Kembali Selepas Ujian Saringan Covid 19 Terkini Beliau Negatif

Sebelum ini beliau didapati positif Covid 19 semasa dalam tugasan antarabangsa bersama Egypt. Dan beliau mungkin kembali untuk perlawanan Liverpool menentang Atalanta pada awal pagi Khamis setelah ujian saringan terhadap beliau yang terkini didapati negatif.  Sebelum ini beliau didapati positif Covid 19 dan tidak bermain dalam perlawanan antarabangsa menentang Togo dalam kelayakan Piala Negara Afrika.  Selepas itu beliau melakukan ujian saringan pada Jumaat dan masih didapati positif namun segera diterbangkan balik ke UK bersama sama pemain Arsenal Mohamad Elneny yang turut positif Covid 19 ketika itu.  Dengan keputusan ujian saringan negatif, beliau bebas untuk kembali berlatih bersama kelab dengan protokol kesihatan di UK menyatakan seseorang itu harus dikuarantin 10 hari sejak hari pertama disahkan positif.  Menurut jurucakap media menteri kesihatan Egypt Khaled Megahed : "Ujian saringan terkini terhadap Mo Salah didapati negatif". "Beliau telah menerima rawatan selam

Krisis Kecederaan Bukan Halangan Buat The Reds Membelasah Leicester 3 - 0

Jaringan sendiri oleh Jonny Evans, Diogo Jota dan Roberto Firmino memastikan Liverpool kembali menyaingi kedudukan teratas liga bersama Spurs. Jurgen Klopp menurunkan pemain untuk menampung ketiadaan beberapa pemain utama dengan James Milner di bek kanan serta Curtis Jones di bahagian tengah pada hari ini.  Manakala Brendan Rodgers menurunkan barisan kesebelasan terbaik mereka yang dibarisi Tielemens, Barnes dan Vardy.  Liverpool memulakan perlawanan dengan garang apabila Keita melakukan percubaan dari luar petak seawal minit 1, namun terkena bek Leicester. Sepakan sudut selepas itu juga ditanduk Mane namun terkena sisi jaring.  Minit ke 9 menyaksikan gerakan pantas Liverpool memberikan peluang buat Curtis Jones melepaskan rembatan padu ke gawang namun berjaya ditepis Kasper.  Dua minit berselang, lorongan Firmino di hadapan petak penalti memberikan Jota peluang untuk melepaskan rembatan namun sekali lagi Kasper bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.  Liverpool tidak perlu menung

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool Memburu Rekod Tanpa Kalah Baru Untuk EPL Di Anfield?

Liverpool akan mencatatkan rekod baru kelab jika berjaya mengelakkan kekalahan ke atas Leicester City pada awal pagi ini.  Kemenangan atau seri akan melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield kepada 64 perlawanan liga - di mana kali terakhir Liverpool tewas di Anfield pada April 2017.  Ini membolehkan skuad Jurgen Klopp memintas rekod yang dilakukan Bob Paisley pada 1978 - 1981, dengan 63 perlawanan tanpa kalah liga di Anfield.  Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang pertemuan Liverpool dan Leicester City.  Penampilan seterusnya oleh Gini Wijnaldum adalah yang ke 150 dalam EPL dan 200 dalam semua kejohanan.  Jika Liverpool menjaringkan gol pada awal pagi esok, mereka akan mencatatkan rekod baru dengan telah menjaringkan 39 gol berterusan di Anfield dalam liga.  Roberto Firmino kini menjaringkan 5 gol ke atas Leicester, menyamai rekod Robbie Fowler yang menjaringkan 5 gol ke atas The Foxes.  Hanya tiga pertemuan ke atas Leicester sahaja yang berakhir dengan seri tanpa

Auba : Sadio Mane Adalah Pemain Yang Mewakili Seluruh Afrika

Pemain Arsenal itu menggambarkan Sadio Mane sebagai "raksasa" di padang. Dan beliau percaya setiap pasukan di dunia mahu Sadio Mane berada di dalam pasukan mereka.  Sadio Mane kini telah menjaringkan lebih 80 gol sejak menyertai Liverpool pada 2016, dan Aubameyang pernah bersama Klopp ketika di Dortmund menyatakan penghormatan kepada Mane dalam penglibatan perlawanan antarabangsa. Menurut Auba menerusi tabloid Senegal, Stades : "Sadio adalah pemain untuk seluruh Afrika". "Beliau merupakan pemain yang dimahukan setiap pengurus dalam pasukan mereka. Seperti pemain dari Afrika yang lain di EPL, mereka bergurau senda dan berseloroh sebelum dan selepas perlawanan. Namun setelah sepakmula dilakukan, Sadio Mane bagaikan raksasa di padang". Auba juga menjelaskan idola beliau sepanjang masa adalah bekas pemain Liverpool yang sering mencetuskan kontroversi, El Hadj Diouf. Beliau mengakui Diouf merupakan hero buat beliau ketika Senegal bermain dalam Piala Dunia 2002.

Brighton Kehilangan Pemain Menjelang Perlawanan Menentang Liverpool Minggu Depan

Tariq Lamptey dilayangkan kad merah di penghujung saingan menentang Aston Villa dan dijangka terlepas perlawanan menentang Liverpool. The Seagull mengakhiri rekod tanpa kemenangan sebanyak 6 perlawanan apabila menewaskan Aston Villa 2 - 1 di Villa Park semalam.  Namun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Lamptey dilayangkan dua kad kuning dalam masa 2 minit hingga memaksa beliau melangkah ke bilik persalinan.  Lamptey melakukan takel lambat di minit ke 91 dengan pasukan Brighton ketika itu sedang mempertahankan kedudukan 2 - 1 mereka.  Ianya satu kehilangan yang besar buat Brighton di mana pemain tersebut merupakan salah satu pemain yang menyerlah buat Brighton pada musim ini.  Beliau menyertai Brighton dari Chelsea pada Januari 2020 dan pantas menjadi pilihan utama kelab untuk mengisi slot bek kanan.  Graham Potter sebelum ini telah mengesyorkan bahawa Lamptey seharusnya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan England di atas persembahan baik beliau.  " Beliau mahu

Andy Robertson Bersedia Diturunkan Sebagai Pemain Pertahanan Tengah

Beliau bersedia mengisi kekosongan di posisi itu dengan Jurgen Klopp ketika ini masih berusaha menyelesaikan masalah tersebut.  Virgil Van Dijk dan Joe Gomez telah tersisih akibat kecederaan lutut dalam jangka masa panjang dengan hanya Joel Matip sahaja satu satunya pemain pertahanan tengah buat masa sekarang.  Matip juga telah pulih dari kecederaan beliau dengan pemain muda, Nat Phillips dan Rhys William telah diserap masuk ke dalam skuad utama buat masa sekarang.  Klopp juga berharap Fabinho akan pulih menjelang perlawanan menentang Leicester City setelah sebulan tersisih berikutan kecederaan hamstring.  Dengan Liverpool kini akan mengharungi 12 perlawanan dalam masa 42 hari, pengurus Liverpool itu dijangka akan melakukan penggiliran pemain dengan Robbo secara sukarela akan bermain di mana mana posisi yang diminta Klopp. Menurut Robertson : "Saya berfikir saya tidak pernah lagi bermain di posisi itu namun jika pengurus mahukan, saya akan bermain sebaik mana yang termampu".

Jurgen Klopp Jelaskan Mengenai Pilihan CB Sedia Ada Dan Perpindahan Januari

Beliau menjelaskan bahawa Liverpool tidak terburu buru untuk memasuki pasaran perpindahan dengan situasi sekarang pernah dihadapinya sebelum ini.  Liverpool kini terpaksa mengharungi musim ini tanpa dua tonggak utama di pertahanan iaitu Virgil Van Dijk dan Joe Gomez.  Trent Alexander Arnold juga akan tersisih buat sementara waktu manakala pemain pertahanan lain seperti Joel Matip dan Fabinho masih diragui kecergasannya.  Namun Jurgen Klopp tidak risau mengenai situasi itu dengan beberapa pemain boleh mengisi kekosongan tersebut jika diperlukan dan masih belum memikirkan untuk menambah pemain dalam situasi ketika ini.  Menurut Klopp menerusi sidang media : "Fabinho telah menyertai latihan berpasukan. Namun begitu kami harus melihat dahulu bagaimana reaksi beliau setakat ini". "Kita akan menilai semula. Saya tidak tahu bagaimana situasi pada Januari. Itu hanya satu jalan penyelesaian namun kini kami harus menghadapi situasi yang kami alami dahulu". "Ini adalah ma

Pakar Bolasepak Portugal : "Prestasi Diogo Jota Meningkat Mendadak Sejak Ke Liverpool"

Beliau merupakan antara calon untuk menjadi pengganti kepada Cristiano Ronaldo di masa hadapan. Dengan hanya 11 penampilan bersama Liverpool, Jota memberikan impak terbaik untuk kelab barunya itu dan secara kebetulan prestasi beliau bersama Portugal juga meningkat dengan mendadak. Ketika bersama pasukan Portugal pada Oktober lepas, beliau menjaringkan 2 gol selain satu assist untuk Bernardo Silva bagi membenam cabaran Sweden ketika Cristiano Ronaldo tersisih berikutan dijangkiti Covid 19.  Sekaligus ia juga satu petanda bahawa beliau dapat memikul tanggungjawab untuk menggantikan Cristiano Ronaldo di masa hadapan dengan karier beliau yang memuncak ketika ini.  Berikut adalah pendedahan daripada pakar bolasepak Portugal, Tom Kundert menerusi Blood Red Echo : "Adalah sesuatu yang luar biasa seseorang pemain Portugal itu menyerlah tanpa melalui akademi kelab Big Three di Portugal; Porto, Benfica atau Sporting Lisbon". "Jota datang dari kelab Pacos De Feireira, kelab yang ke

Jordan Henderson Tersisih, Namun Thiago Dan Fabinho Dalam Pertimbangan

The Reds berhadapan dengan krisis kecederaan menjelang pertemuan dengan Leicester.  Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Jordan Henderson akan tersisih dalam perlawanan ini bersama sama Mo Salah dan Trent.  Namun Thiago dan Fabinho diberikan setiap peluang untuk membuktikan kecergasan mereka sebelum sepakmula menentang Leicester pada awal pagi Isnin. Jordan Henderson mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksa beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Belgium dalam aksi UNL Ahad lepas.  Trent masih menjalani pemulihan berikutan kecederaan betis dan Mo Salah didapati positif Covid 19 ketika bersama skuad kebangsaan Egypt.  Ditanya mengenai situasi pemain ketika sidang media, Klopp berkata : "Hendo dan Trent tidak akan bermain. Kita akan lihat bagaimana situasi pemain lain". Fabinho sebelum ini dikeluarkan ketika perlawanan menentang Midtyjlland dalam kancah UCL sejak tiga minggu lepas namun dilihat menjalani latihan di Kirkby.  Manakala Thiago pula

Mo Salah Akan Berlepas Pulang Ke UK Pada Hari Ini

Beliau akan kembali ke England menggunakan jet peribadi meskipun difahamkan masih positif Covid 19. Sebelum ini beliau disahkan dijangkiti Covid 19 sejak Jumaat lepas oleh Egypt FA dan doktor yang merawat beliau mengesahkan beliau hanya mengalami gejala ringan.  Dan Rabu lepas, Mo Salah masih didapati positif setelah ujian swab sekali lagi dilakukan.  Namun begitu beliau dibenarkan berlepas ke UK menggunakan jet peribadi yang dilengkapi peralatan perubatan di dalam pesawat tersebut.  Beliau juga disertai oleh seorang pemain Arsenal iaitu Mohamed Elneny yang turut dijangkiti Covid 19.  Berikut adalah kenyataan dari FA Egypt : "Dalam rangka kerja dan koordinasi antara Egyptian FA dan kelab bolasepak Inggeris, Mo Salah dan Mohamed Elneny akan berlepas pulang dari Lapangan Terbang Hurghada dengan pesawat yang dilengkapi peralatan perubatan, dengan harapan mereka akan kembali dengan keputusan negatif dan dibenarkan bermain untuk kelab semula". "Egyptian FA sering berhubung de