Harapan untuk layak ke pusingan kalah mati lebih awal tersentak dengan Liverpool gagal menghasilkan percubaan tepat sepanjang perlawanan.
Awal pagi ini Jurgen Klopp membariskan pemain yang jarang diturunkan seperti Rhys William, Kostas Tsimikas dan Divock Origi dengan Firmino serta Jota di bangku simpanan.
Mo Salah yang kini pulih dari Covid 19 juga diturunkan.
Namun Atalanta pasukan pertama yang melakukan serangan ke kubu Liverpool apabila Ilicic cuba memanfaatkan kesilapan hantaran Mo Salah seawal minit ketiga dan melepaskan rembatan luar petak namun tinggi melewati palang.
Giliran Gosens pula menguji kecekapan Alisson di minit ke 9, apabila melepasi kawalan dari Neco dan melepaskan rembatan padu ke sudut gol namun penjaga gol Brazil itu mempamerkan ketangkasan beliau.
Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan kebanyakan bola dikuasai oleh Atalanta dan Liverpool lebih banyak bertahan dan terlalu banyak kesilapan dari segi hantaran.
Hanya pada minit ke 43 barulah satu serangan dilakukan Liverpool, dengan Tsimikas bijak membaca hantaran Jones dan disusuli satu hantaran lintang tetapi rembatan susulan dari Mo Salah selepas itu melewati palang.
Separuh masa kedua mengharapkan Klopp melakukan perubahan namun tiada banyak yang berubah dalam corak permainan pasukan Liverpool.
Malahan Alisson juga diuji seawal minit 48 menerusi satu rembatan luar petak tetapi mudah didakap beliau.
Kelemahan Liverpool akhirnya dihukum oleh Atalanta di minit ke 60, apabila Gosens menolak masuk hantaran lintang sebelah kiri untuk Atalanta mendahului 1 - 0.
Klopp segera melakukan pertukaran selepas itu dengan memasukkan Jota, Firmino, Robertson dan Fabinho tetapi masih tetap dibolosi dengan gol kedua menerusi gerakan hantaran lintang yang hampir serupa hingga membenarkan Ilicic menolak masuk ke gawang pada minit ke 64.
Liverpool cuba untuk merangka gerakan namun sering kali dipatahkan oleh Atalanta dan kemasukan Minamino bagaikan tidak memadai buat Liverpool untuk menyelamatkan keputusan dan ianya berakhir dengan kekalahan pertama pasukan Liverpool dalam kancah UCL musim ini.
ADMIN
Tenang sahaja. Memang Liverpool main buruk semalam. Apapun YNWA.
Comments
Post a Comment