Skip to main content

Mo Salah Dijangka Kembali Selepas Ujian Saringan Covid 19 Terkini Beliau Negatif

Sebelum ini beliau didapati positif Covid 19 semasa dalam tugasan antarabangsa bersama Egypt.


Dan beliau mungkin kembali untuk perlawanan Liverpool menentang Atalanta pada awal pagi Khamis setelah ujian saringan terhadap beliau yang terkini didapati negatif. 

Sebelum ini beliau didapati positif Covid 19 dan tidak bermain dalam perlawanan antarabangsa menentang Togo dalam kelayakan Piala Negara Afrika. 

Selepas itu beliau melakukan ujian saringan pada Jumaat dan masih didapati positif namun segera diterbangkan balik ke UK bersama sama pemain Arsenal Mohamad Elneny yang turut positif Covid 19 ketika itu. 

Dengan keputusan ujian saringan negatif, beliau bebas untuk kembali berlatih bersama kelab dengan protokol kesihatan di UK menyatakan seseorang itu harus dikuarantin 10 hari sejak hari pertama disahkan positif. 

Menurut jurucakap media menteri kesihatan Egypt Khaled Megahed :

"Ujian saringan terkini terhadap Mo Salah didapati negatif".

"Beliau telah menerima rawatan selama seminggu mengikut protokol di Mesir hingga beliau pulih sepenuhnya".

Manakala Jurgen Klopp juga mengesahkan Mo Salah akan kembali ke skuad menerusi sidang media selepas perlawanan menentang Leicester. 

"Keputusan ujian saringan Mo negatif? Itu yang saya telah dengar".

"Ya, ianya negatif hari ini. Saya berpendapat ianya normal selepas ini".

"Kami akan menjalani ujian saringan untuk kejohanan UEFA esok dan beliau juga kembali berlatih mulai esok".

"Beliau akan menjalani ujian saringan dua kali dalam masa dua hari sepertimana kami".

ADMIN

Ini satu perkembangan yang baik. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football