Skip to main content

Brighton Kehilangan Pemain Menjelang Perlawanan Menentang Liverpool Minggu Depan

Tariq Lamptey dilayangkan kad merah di penghujung saingan menentang Aston Villa dan dijangka terlepas perlawanan menentang Liverpool.


The Seagull mengakhiri rekod tanpa kemenangan sebanyak 6 perlawanan apabila menewaskan Aston Villa 2 - 1 di Villa Park semalam. 

Namun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Lamptey dilayangkan dua kad kuning dalam masa 2 minit hingga memaksa beliau melangkah ke bilik persalinan. 

Lamptey melakukan takel lambat di minit ke 91 dengan pasukan Brighton ketika itu sedang mempertahankan kedudukan 2 - 1 mereka. 

Ianya satu kehilangan yang besar buat Brighton di mana pemain tersebut merupakan salah satu pemain yang menyerlah buat Brighton pada musim ini. 

Beliau menyertai Brighton dari Chelsea pada Januari 2020 dan pantas menjadi pilihan utama kelab untuk mengisi slot bek kanan. 

Graham Potter sebelum ini telah mengesyorkan bahawa Lamptey seharusnya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan England di atas persembahan baik beliau. 

"Beliau mahu bermain, sangat berkeinginan dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan".

"Beliau tidak mempunyai pengalaman tentang apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di padang, beliau bermain mengikut cara beliau dan menunjukkan apa yang beliau miliki".

"Beliau akan belajar dari situasi ini dan berharap situasi itu tidak menjatuhkan moralnya dan sentiasa gembira untuk bermain bolasepak kerana sebagai pemain itulah yang anda mahukan, bermain dengan seronok".

"Tariq amat berbeza dari pemain lain. Beliau amat pantas dan memberikan sesuatu yang tidak semua pemain miliki".

"Namun ianya bagus untuk bolasepak Inggeris. Terdapat persaingan yang cukup besar di sana dan saya yakin Gareth Southgate mahukan persaingan di setiap posisi. Saya yakin Tariq mampu melakukannya".

Kekosongan yang ditinggalkan Tariq itu bakal diisi oleh Joel Veltman. 

ADMIN

Perlawanan minggu hadapan. Tapi sebelum itu kita akan hadapi Leicester dahulu. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football