Skip to main content

Auba : Sadio Mane Adalah Pemain Yang Mewakili Seluruh Afrika

Pemain Arsenal itu menggambarkan Sadio Mane sebagai "raksasa" di padang.


Dan beliau percaya setiap pasukan di dunia mahu Sadio Mane berada di dalam pasukan mereka. 

Sadio Mane kini telah menjaringkan lebih 80 gol sejak menyertai Liverpool pada 2016, dan Aubameyang pernah bersama Klopp ketika di Dortmund menyatakan penghormatan kepada Mane dalam penglibatan perlawanan antarabangsa.

Menurut Auba menerusi tabloid Senegal, Stades :

"Sadio adalah pemain untuk seluruh Afrika".

"Beliau merupakan pemain yang dimahukan setiap pengurus dalam pasukan mereka. Seperti pemain dari Afrika yang lain di EPL, mereka bergurau senda dan berseloroh sebelum dan selepas perlawanan. Namun setelah sepakmula dilakukan, Sadio Mane bagaikan raksasa di padang".

Auba juga menjelaskan idola beliau sepanjang masa adalah bekas pemain Liverpool yang sering mencetuskan kontroversi, El Hadj Diouf.

Beliau mengakui Diouf merupakan hero buat beliau ketika Senegal bermain dalam Piala Dunia 2002. 

Tambah Auba :

"Saya mengetahui pasukan kebangsaan Senegal melalui El Hadj Diouf, yang ketika itu bermain untuk pasukan Lens di France".

"Saya sukakan cara Diouf bermain pada 2002, hinggakan saya dan rakan saya mewarnakan rambut menjadi putih ketika itu".

"Selepas perlawanan Senegal pada Piala Dunia 2002, saya dan rakan akan menari dan meraikan kejayaan bersama kerana terdapat ramai pemain Senegal bermain di France ketika itu".

ADMIN

Aubameyang dan Sadio Mane merupakan pemain yang dibimbing Jurgen Klopp, dan dua duanya berjaya.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football