Skip to main content

Jurgen Klopp : "Saya Amat Gembira Dengan Bobby dan Jota"

Roberto Firmino menjaringkan gol di lewat perlawanan selepas kuisan beliau sebelum itu dinafikan dengan hanya beberapa milimeter. 


Dan Jurgen Klopp menyatakan reaksi pemain Liverpool terhadap gol Firmino merupakan satu penghargaan untuk kerja keras beliau dari rakan selama ini. 

Firmino mempamerkan prestasi yang cemerlang ketika membantu Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Leicester untuk kembali ke kelompok atasan liga. 

Sebelum itu beliau hampir untuk menjaringkan gol sebelum pemain Leicester menafikannya dengan mengeluarkan bola di atas garisan, setelah beberapa percubaan sebelum itu terkena tiang gol. 

Ulang tayang menunjukkan bahawa bola itu hampir melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan, namun Bobby terus berusaha dan akhirnya mendapatkan gol menerusi tandukan hasil sepakan sudut. 

Berikut adalah kenyataan daripada Jurgen Klopp :

"Adakah saya gembira? Sudah semestinya!"

"Saya tahu anda telah melihat lebih dahulu dari saya, jaringan yang dinafikan oleh gol line technology yang paling hampir. Namun kami amat gembira dengan keputusan ini".

"Beliau bermain dengan baik, pemain yang penting dan bila beliau menjaringkan gol, pemain lain menyatakan beliau layak diberikan penghargaan".

Klopp juga mengambil kesempatan untuk memuji Diogo Jota yang menjaringkan 4 gol berterusan di halaman sendiri, dan merupakan pemain pertama Liverpool melakukannya.

Bekas pemain Wolves itu telah menjaringkan 8 gol setakat ini dan Klopp mendedahkan bahawa itulah sebab mengapa Liverpool membayar harga yang tinggi untuk khidmat beliau.

Tambah Klopp :

"Beliau tidak akan menjaringkan gol tanpa hantaran lintang yang cantik dari Robertson".

"Semuanya bermula dari Joel Matip, Albrighton cuba mendapatkan bola namun Robbo lebih pantas dan pergerakan Diogo yang pantas".

"Beliau memang pemain yang bagus, sebab itu kami mahu mendapatkan beliau".

ADMIN

Jurgen Klopp memuji keseluruhan pemain. Terbaik Liverpool. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football