Pemain antarabangsa Netherland itu kini memasuki fasa akhir kontraknya di Liverpool.
Jurgen Klopp kekal positif bahawa Gini Wijnaldum akan menandatangani kontrak lanjutan di Liverpool.
Namun beliau juga membandingkan situasi Wijnaldum dengan Emre Can pada 2018, yang meninggalkan kelab itu pada hujung musim selepas kedua dua pihak tidak bersetuju untuk kontrak lanjutan.
Gini Wijnaldum kini memasuki bulan terakhir kontraknya di Liverpool dan boleh bercakap dengan mana mana kelab di luar England bermula Januari hadapan.
Setakat ini tiada perkembangan baru mengenai kontrak lanjutan Gini Wijnaldum dengan Liverpool juga menghentikan sebarang perbincangan terhadap mana mana kontrak baru terhadap pemain sejak bermulanya penangguhan bolasepak.
Namun begitu Wijnaldum merupakan salah seorang pemain tengah kepercayaan Klopp musim ini dengan telah melakukan 15 dari 16 penampilan dalam semua kejohanan setakat ini bersama Liverpool.
Menurut Klopp :
"Saya tidak boleh bercakap banyak mengenai itu. Saya amat gembira jika beliau dapat kekal di sini".
"Saya amat gembira dengan kehadiran Gini di mana anda boleh saksikan sendiri dalam kesebelasan utama perlawanan".
"Gini adalah salah satu pemain yang terbaik pernah saya lihat dan pernah latih setakat ini. Beliau amat luarbiasa dan tiada isu di antara kami buat masa sekarang".
"Kami bersikap profesional. Hubungan kami tidak berubah bertahun tahun - malahan bertambah baik".
"Kami mengenali sikap masing masing sepanjang masa".
"Beliau sentiasa bermain dengan baik, sebab itu beliau seringkali diturunkan".
"Saya tidak ingat kali terakhir beliau gagal bermain dengan baik. Beliau membantu kami bermain di pelbagai posisi dan ianya sangat bagus".
"Asalkan tiada apa apa keputusan, saya kekal positif".
Jurgen Klopp juga membandingkan situasi Gini Wijnaldum dengan Emre Can, yang meninggalkan Liverpool pada 2018 secara perpindahan percuma.
Can kemudian menyertai Juventus dan Klopp melihat persamaan situasi Wijnaldum itu buat masa sekarang.
Tambah Klopp :
"Kami menghadapi situasi yang sama seperti ini dahulu, berkaitan Emre Can".
"Can bermain dengan penuh komitmen hingga hari terakhir kontraknya bersama Liverpool dan saya yakin Gini juga akan melakukan perkara sedemikian".
"Situasi ini tidak menjejaskan hubungan kami".
ADMIN
Jika Gini berhasrat untuk melangkah keluar pada hujung musim ini, tidak mengapa. Mungkin beliau ada impian lain sebelum bersara. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment