Skip to main content

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool FC vs Atalanta

Sadio Mane akan menjadi pemain kelima Liverpool yang menjaringkan 20 gol di kancah Eropah jika berjaya melakukannya hari ini.


Beliau telah menjaringkan 19 gol dalam 38 perlawanan bersama Liverpool dalam kancah Eropah. 

Manakala James Milner akan melakukan penampilan beliau ke 50 dalam kejohanan Eropah bersama Liverpool jika diturunkan pada awal pagi esok. 

Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang perlawanan Liverpool vs Atalanta.

  • Kemenangan seterusnya buat Liverpool akan menjamin laluan ke peringkat pusingan kedua kalah mati UCL dengan berbaki 2 perlawanan. Liverpool pernah melakukannya sekali pada musim 2006 2007. 
  • Jika Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan pada awal pagi esok, ianya merupakan pertama kali Liverpool mencatatkan kemenangan 4 kali berterusan dalam peringkat kumpulan UCL. 
  • Gol seterusnya buat Liverpool adalah ke 50 dalam kancah Eropah di bawah Jurgen Klopp.
  • Roberto Firmino memegang rekod kelab sebagai penjaring terbanyak dalam peringkat kumpulan UCL dengan 6 gol pada 2017 2018. Diogo Jota kini menjaringkan 4 gol.
  • Skuad Jurgen Klopp telah dibolosi 3 kali dalam 7 perlawanan terakhir, dengan 3 gol dibolosi itu berlaku dalam 31 minit pertama perlawanan. 
  • Liverpool pernah bermain pada tarikh yang sama dalam kancah Eropah hari ini pada 1964. Mereka menggunakan jersi serba merah dan menumpaskan Anderlecht 3 - 0 ketika itu.
  • Liverpool pernah menewaskan pasukan dari Itali dalam dua perlawanan home dan away. Skuad Rafa Benitez menewaskan Inter Milan pada musim 2007 2008. 
  • Atalanta telah mencetak 24 gol dalam 5 perlawanan terakhir dalam kejohanan ini.

ADMIN

Ramalan anda? Apapun YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football