Liverpool akan mencatatkan rekod baru kelab jika berjaya mengelakkan kekalahan ke atas Leicester City pada awal pagi ini.
Kemenangan atau seri akan melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield kepada 64 perlawanan liga - di mana kali terakhir Liverpool tewas di Anfield pada April 2017.
Ini membolehkan skuad Jurgen Klopp memintas rekod yang dilakukan Bob Paisley pada 1978 - 1981, dengan 63 perlawanan tanpa kalah liga di Anfield.
Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang pertemuan Liverpool dan Leicester City.
- Penampilan seterusnya oleh Gini Wijnaldum adalah yang ke 150 dalam EPL dan 200 dalam semua kejohanan.
- Jika Liverpool menjaringkan gol pada awal pagi esok, mereka akan mencatatkan rekod baru dengan telah menjaringkan 39 gol berterusan di Anfield dalam liga.
- Roberto Firmino kini menjaringkan 5 gol ke atas Leicester, menyamai rekod Robbie Fowler yang menjaringkan 5 gol ke atas The Foxes.
- Hanya tiga pertemuan ke atas Leicester sahaja yang berakhir dengan seri tanpa jaringan - dua di Leicester iaitu 1998 dan 2004 manakala di Anfield pada 1973.
- Diogo Jota merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan pertama di Anfield.
- Liverpool telah memenangi kedua dua perlawanan menentang Leicester dalam liga dalam 2 musim.
- Skuad Klopp telah memenangi 10 perlawanan terakhir liga selepas dibolosi lebih awal.
- Sadio Mane boleh menyamai rekod yang dicatatkan Emile Heskey pada 2003 2004 dengan jaringan gol berterusan sebanyak 3 kali jika berjaya menjaringkan gol di Anfield awal pagi esok.
ADMIN
Ramalan anda? Yakin boleh. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment