Beliau menjelaskan bahawa Liverpool tidak terburu buru untuk memasuki pasaran perpindahan dengan situasi sekarang pernah dihadapinya sebelum ini.
Liverpool kini terpaksa mengharungi musim ini tanpa dua tonggak utama di pertahanan iaitu Virgil Van Dijk dan Joe Gomez.
Trent Alexander Arnold juga akan tersisih buat sementara waktu manakala pemain pertahanan lain seperti Joel Matip dan Fabinho masih diragui kecergasannya.
Namun Jurgen Klopp tidak risau mengenai situasi itu dengan beberapa pemain boleh mengisi kekosongan tersebut jika diperlukan dan masih belum memikirkan untuk menambah pemain dalam situasi ketika ini.
Menurut Klopp menerusi sidang media :
"Fabinho telah menyertai latihan berpasukan. Namun begitu kami harus melihat dahulu bagaimana reaksi beliau setakat ini".
"Kita akan menilai semula. Saya tidak tahu bagaimana situasi pada Januari. Itu hanya satu jalan penyelesaian namun kini kami harus menghadapi situasi yang kami alami dahulu".
"Ini adalah masalah yang kita harus hadapi sekarang, namun kenapa kita harus memikirkan pada Januari nanti? Saya tidak pasti lagi mengenai itu".
"Buat masa sekarang kami masih dalam situasi yang baik, kita akan gunakan pemain yang sedia ada buat masa sekarang".
Jurgen Klopp juga memberikan contoh mengapa Liverpool tidak terburu buru untuk memasuki pasaran perpindahan, dengan menyatakan pengalaman beliau ketika di Dortmund yang ketika itu juga mengalami masalah krisis pemain pertahanan.
The Reds masih mempunyai pemain muda yang mampu untuk mendapatkan minit permainan dan berharap pemain itu akan menunjukkan prestasi terbaik dan keinginan untuk beraksi.
Tambah Klopp :
"Pada 2008, dua pemain pertahanan kami hanya berusia 19 dan 20 tahun pada musim sejuk ketika itu. Kami menurunkan mereka sepanjang masa, Matts Hummel dan Neven Subotic".
"Kami masih mempunyai bakat muda, berumur 18, 19 dan 20 tahun termasuk pemain berpengalaman jadi kita akan lihat situasi mereka. Kami mempunyai pemain tengah, bukan sekarang namun dalam beberapa minggu lagi yang boleh bermain di tengah pertahanan".
"Saya amat gembira dengan peluang yang dimiliki mereka sekarang. Anda lihat mereka semasa sesi latihan, mereka mahu menunjukkan sesuatu dan mahu melakukan yang terbaik. Mereka juga mahu bersedia - itu adalah perkara terbaik".
"Saya yakin dengan potensi mereka dan diharap mereka akan menggunakan peluang itu untuk menunjukkan kepada dunia selepas ini".
ADMIN
Jika Klopp percayakan dengan pemain dan youngster untuk perlawanan menentang Leicester, jadi kita harus percayakan beliau. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment