Skip to main content

Rio Ferdinand Mempersoalkan Adakah Liverpool Benar Berminat Dengan Timo Werner

Liverpool dikaitkan dengan pemain itu pada musim panas lepas namun tidak meneruskan bidaan, dan menyaksikan pemain itu menyertai Chelsea.


Dan bekas pemain Man United itu mempersoalkan adakah Liverpool benar benar berminat untuk mendapatkan pemain itu. 

Jurgen Klopp sebelum ini bergelut untuk menambahkan sengat serangan pasukan Liverpool, untuk melalui kempen musim yang sukar seperti yang dilihat sekarang.

Dan bintang RB Leipzig ini menjadi sasaran buat Liverpool sebelum kelab itu tidak meneruskan hasrat mereka, dan Werner akhirnya menyertai Chelsea. 

The Reds kemudiannya membawa masuk Diogo Jota, dengan impak luar biasa yang diberikan pemain tersebut yang menjaringkan 8 gol dari 12 penampilan keseluruhan. 

Dan Rio Ferdinand menyatakan adakah Liverpool benar berminat dengan Werner sebelum mendapatkan Jota. 

"Saya ingin mengetahui adakah Liverpool selama ini berminat dengan Werner?"

"Kerana apabila Jota menyertai skuad mereka tampak lebih gembira dengan situasi itu".

Ferdinand juga mengambil kesempatan memuji mentaliti Liverpool ketika ini bagaimana mereka memberikan reaksi ketika Virgil Van Dijk bakal tersisih sepanjang musim berikutan kecederaan lutut. 

Tambah beliau :

"Mereka telah mengendalikan mentaliti dengan baik setelah kehilangan Virgil Van Dijk - sebagai contoh mereka telah bermain 7 perlawanan, 6 kali menang dan 1 kali seri".

"Rekod bertahan mereka lebih baik ketika Virgil Van Dijk tersisih".

"Ianya disebabkan mentaliti mereka yang mencipta situasi baru setelah ketiadaan pemain utama, mereka mahu membuktikan tanggapan orang itu salah".

ADMIN

Tiada lagi peminat Liverpool menyalahkan Liverpool setelah Jota memberikan impak. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan