Skip to main content

Pakar Bolasepak Portugal : "Prestasi Diogo Jota Meningkat Mendadak Sejak Ke Liverpool"

Beliau merupakan antara calon untuk menjadi pengganti kepada Cristiano Ronaldo di masa hadapan.


Dengan hanya 11 penampilan bersama Liverpool, Jota memberikan impak terbaik untuk kelab barunya itu dan secara kebetulan prestasi beliau bersama Portugal juga meningkat dengan mendadak.

Ketika bersama pasukan Portugal pada Oktober lepas, beliau menjaringkan 2 gol selain satu assist untuk Bernardo Silva bagi membenam cabaran Sweden ketika Cristiano Ronaldo tersisih berikutan dijangkiti Covid 19. 

Sekaligus ia juga satu petanda bahawa beliau dapat memikul tanggungjawab untuk menggantikan Cristiano Ronaldo di masa hadapan dengan karier beliau yang memuncak ketika ini. 

Berikut adalah pendedahan daripada pakar bolasepak Portugal, Tom Kundert menerusi Blood Red Echo :

"Adalah sesuatu yang luar biasa seseorang pemain Portugal itu menyerlah tanpa melalui akademi kelab Big Three di Portugal; Porto, Benfica atau Sporting Lisbon".

"Jota datang dari kelab Pacos De Feireira, kelab yang kekal di liga atasan merupakan satu kejayaan namun pemain ini sangat bagus. Beliau berjaya menarik perhatian peminat dengan usia ketika itu hanya 18 tahun namun beliau telah menjaringkan 15 gol".

"Berada di kelab yang sederhana dan bermain 34 perlawanan semusim, beliau amat menarik perhatian peminat dan berjaya menggembirakan peminat meskipun beliau bukanlah bergelar budak ajaib seperti Joao Felix dan juga Renato Sanches".

"Jota telah berada di satu tahap yang lain sejak menyertai Liverpool dan ramai yang teruja menyaksikannya - dan tidak dinafikan Jota merupakan sebahagian masa depan bolasepak Portugal".

"Saya tidak fikir Jota adalah pengganti Ronaldo - dan tidak juga Joao Felix namun kini terdapat 4 dan 5 pemain berada di kemuncak prestasi dengan kelab elit di Eropah".

"Jota, Felix, Bernardo Silva, Bruno Fernandes - ia akan menjadi lebih menarik buat Portugal dalam kejohanan major".

Pada mulanya peminat di Portugal risau akan situasi Jota yang bakal memanaskan bangku simpanan di Liverpool sebelum ini namun kini beliau juga mendapat minit permainan yang banyak meskipun terpaksa bersaing dengan Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Dan Dave Powell menerusi Echo juga berkata :

"Ronaldo adalah antara 5 pemain terbaik dunia namun ianya tidak akan berkekalan".

"Prestasi akan menurun dan akhirnya beliau akan dilabelkan sebagai lagenda. Namun generasi baru selepas ini memerlukan pemain berprofil tinggi. Sebelum Ronaldo, adanya Luis Figo. Sebelum itu Eusebio yang memberikan semangat kepada pasukan".

"Jota mempunyai potensi untuk menggantikan apa yang Ronaldo miliki jika melihatkan kepada prestasi beliau ketika ini di Liverpool".

Ianya masih terlalu awal untuk meramal masa depan Jota di Liverpool, namun situasi sekarang sudah menampakkan peningkatan prestasi. Beliau memerlukan masa untuk mencapai tahap seperti Mane dan Salah namun dengan bakat yang dimiliki, ianya tidak mustahil.

ADMIN

Diogo Jota semestinya dalam perhatian untuk diturunkan dalam perlawanan awal pagi Isnin. Way to go. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football