Skip to main content

Liverpool Akan Menentang Aston Villa Dalam Piala FA - Serta Pertemuan Pasukan Lain

Ianya merupakan perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA di mana ianya melibatkan kelab kelab EPL dan Liga Championship. 


Spurs akan berhadapan dengan skuad kecil dari Merseyside, Marine FC dengan kini berada dalam Liga Divisyen Satu Bahagian Utara untuk West Side yang sebelum ini berjaya menewaskan Havant and Waterlooville baru baru ini. 

Skuad Jose Mourinho ini akan bertandang ke Crosby dalam perlawanan menentang skuad Neil Young yang rata rata cuma bermain secara sambilan namun telah melakukan kejutan terbesar dalam bolasepak Inggeris. 

Menurut Neil Young :

"Ianya satu perlawanan yang hebat untuk kelab ini. Tiada yang lebih baik daripada perlawanan ini".

"Jose Mourinho di Marine. Ianya hebat, kami tidak sabar menantikan perlawanan ini. Ianya ganjaran untuk semua pihak yang telah berusaha membawa pasukan ke tahap ini".

"Kami akan merancang yang terbaik. Kebiasaannya Jose akan meletakkan skuad terbaiknya sebelum perlawanan. Kami telah memenangi 7 perlawanan sebelumnya untuk sampai ke tahap ini dan ianya pasti hebat".

Sebuah lagi pasukan bukan liga, Chorley akan berhadapan dengan Derby County iaitu skuad kendalian Wayne Rooney yang kini berada di tangga terbawah Liga Championship. 

Manakala Stockport dari Liga Nasional akan bermain di halaman sendiri menentang West Ham United. 

Perlawanan tumpuan pastinya di antara Liverpool dan Aston Villa di Villa Park, di mana sebelum ini The Reds telah ditewaskan 7 - 2 oleh kelab tersebut pada awal musim ini dalam EPL.

Man United akan melayani kunjungan Watford manakala Chelsea akan melayani kunjungan dari skuad Liga Kedua Morecambe.

Penyandang juara, Arsenal akan melayani kunjungan Newcastle United manakala Wolves akan menanti Crystal Palace di halaman mereka. 

Perlawanan akan berlangsung antara 08 - 11 Januari 2021, dan kali ini hanya satu perlawanan diadakan tanpa perlawanan ulangan semula. 

Sekiranya perlawanan sepenuh masa berakhir dengan keputusan seri, maka perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan dan juga penentuan sepakan penalti. 

Berikut adalah senarai pertemuan pasukan dalam Pusingan Ketiga Piala FA 2020 2021





ADMIN

Asal Liverpool confirm kena pasukan EPL dalam pusingan pertama. Apapun YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football