Skip to main content

Jordan Henderson Tersisih, Namun Thiago Dan Fabinho Dalam Pertimbangan

The Reds berhadapan dengan krisis kecederaan menjelang pertemuan dengan Leicester. 


Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Jordan Henderson akan tersisih dalam perlawanan ini bersama sama Mo Salah dan Trent. 

Namun Thiago dan Fabinho diberikan setiap peluang untuk membuktikan kecergasan mereka sebelum sepakmula menentang Leicester pada awal pagi Isnin.

Jordan Henderson mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksa beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Belgium dalam aksi UNL Ahad lepas. 

Trent masih menjalani pemulihan berikutan kecederaan betis dan Mo Salah didapati positif Covid 19 ketika bersama skuad kebangsaan Egypt. 

Ditanya mengenai situasi pemain ketika sidang media, Klopp berkata :

"Hendo dan Trent tidak akan bermain. Kita akan lihat bagaimana situasi pemain lain".

Fabinho sebelum ini dikeluarkan ketika perlawanan menentang Midtyjlland dalam kancah UCL sejak tiga minggu lepas namun dilihat menjalani latihan di Kirkby. 

Manakala Thiago pula tidak diturunkan sejak diterjah Richarlison pada perlawanan Merseyside Derby hingga menyebabkan pemain Brazil itu dilayangkan kad merah. 

Tambah Klopp :

"Mereka berdua semakin bertambah baik".

"Ox juga bertambah baik. Kita akan lihat siapa yang boleh diturunkan pada hujung minggu ini".

Dengan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez akan tersisih dalam jangkamasa lama, Nat Phillips dan Rhys William akan berebut slot yang ditinggalkan itu sekiranya Fabinho tidak sempat pulih dalam beberapa hari lagi. 

Neco Williams dan James Milner mungkin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Trent, meskipun khidmat Milner mungkin diperlukan di bahagian tengah. 

Klopp juga mendedahkan mengenai situasi Gomez yang mengalami kecederaan lutut dengan potensi beliau terlepas musim ini adalah tinggi. 

"Beliau telah selamat menjalani pembedahan dan kini menjalani pemulihan selepas pembedahan dan rehab".

"Beliau bersama keluarganya dan itu adalah tempat yang terbaik buat beliau".

"Kami cuba membantu beliau dengan sedaya upaya dengan beberapa hari lepas beliau keseorangan selepas pembedahan dan sekarang beliau bersama keluarganya".

ADMIN 

Ramai juga cedera. In Klopp we trust. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football