Difahamkan kapten Liverpool itu telah menjalani latihan penuh pada hari ini.
Hendo tersisih dari perlawanan menentang Leicester dan Atalanta minggu ini berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika England menentang Belgium pada 2 minggu lepas.
Namun beliau dilihat telah menjalani latihan berpasukan di Kirkby hari ini dengan Liverpool bersedia untuk melakukan persiapan menentang Brighton pada esok.
Jordan Henderson kembali tepat pada masanya dengan Liverpool kini dilanda krisis kecederaan di bahagian pertahanan dan tengah buat masa sekarang.
Pemain tengah seperti Naby Keita, Alex Oxlade Chamberlain, Thiago dan Xherdan Shaqiri dijangka bakal terlepas perlawanan di Selatan England pada hujung minggu ini.
Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Brighton 3 - 1 pada Julai lepas dan ketika itu juga Jordan Henderson mengalami kecederaan hingga memaksa beliau tersisih dalam baki 4 perlawanan terakhir liga serta berusaha untuk pulih untuk menghadapi liga musim ini pada Ogos dan September lepas.
Berikutan itu juga, Hendo telah terlepas tiga perlawanan awal musim ini serta dikeluarkan ketika separuh masa pertama menentang Chelsea disebabkan kecederaan paha.
Liverpool akan hadir tanpa kelibat pemain utama seperti Virgil Van Dijk dan Joe Gomez untuk musim ini, manakala Trent juga masih menjalani pemulihan kecederaan betis dan tidak akan diturunkan.
Liverpool akan menentang Brighton pada Sabtu ini jam 8.30 malam waktu Malaysia, manakala akan turun menentang Ajax pada awal pagi Rabu hadapan.
ADMIN
Perkembangan yang baik dan kurang baik. Apapun YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment