Skip to main content

Mo Salah Akan Berlepas Pulang Ke UK Pada Hari Ini

Beliau akan kembali ke England menggunakan jet peribadi meskipun difahamkan masih positif Covid 19.


Sebelum ini beliau disahkan dijangkiti Covid 19 sejak Jumaat lepas oleh Egypt FA dan doktor yang merawat beliau mengesahkan beliau hanya mengalami gejala ringan. 

Dan Rabu lepas, Mo Salah masih didapati positif setelah ujian swab sekali lagi dilakukan. 

Namun begitu beliau dibenarkan berlepas ke UK menggunakan jet peribadi yang dilengkapi peralatan perubatan di dalam pesawat tersebut. 

Beliau juga disertai oleh seorang pemain Arsenal iaitu Mohamed Elneny yang turut dijangkiti Covid 19. 

Berikut adalah kenyataan dari FA Egypt :

"Dalam rangka kerja dan koordinasi antara Egyptian FA dan kelab bolasepak Inggeris, Mo Salah dan Mohamed Elneny akan berlepas pulang dari Lapangan Terbang Hurghada dengan pesawat yang dilengkapi peralatan perubatan, dengan harapan mereka akan kembali dengan keputusan negatif dan dibenarkan bermain untuk kelab semula".

"Egyptian FA sering berhubung dengan kelab sejak kedua pemain itu dijangkiti Covid 19".

"Sehingga keputusan ujian swab untuk kedua dua pemain hari ini, ianya masih positif".

Dijangka Liverpool dan Arsenal akan berkongsi bayaran untuk kos jet peribadi tersebut, di mana sebelum ini ianya digunakan untuk membawa pemain mereka pulang dengan cepat dari tugasan antarabangsa. 

Namun Mo Salah dijangka terlepas perlawanan menentang Leicester City meskipun ujian saringan selepas ini berkeputusan negatif. 

Protokol Liga Perdana Inggeris telah menyatakan pemain harus dikuarantin selama 10 hari jika didapati positif Covid 19. 

Pemain akan diuji kembali pada hari ke 10, dan hanya keputusan negatif sahaja membolehkan mereka kembali menjalani latihan. 

ADMIN

Sambung kuarantin di UK agaknya. Apapun GWS Mo Salah dan Elneny. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan