Skip to main content

Krisis Kecederaan Bukan Halangan Buat The Reds Membelasah Leicester 3 - 0

Jaringan sendiri oleh Jonny Evans, Diogo Jota dan Roberto Firmino memastikan Liverpool kembali menyaingi kedudukan teratas liga bersama Spurs.


Jurgen Klopp menurunkan pemain untuk menampung ketiadaan beberapa pemain utama dengan James Milner di bek kanan serta Curtis Jones di bahagian tengah pada hari ini. 


Manakala Brendan Rodgers menurunkan barisan kesebelasan terbaik mereka yang dibarisi Tielemens, Barnes dan Vardy. 


Liverpool memulakan perlawanan dengan garang apabila Keita melakukan percubaan dari luar petak seawal minit 1, namun terkena bek Leicester. Sepakan sudut selepas itu juga ditanduk Mane namun terkena sisi jaring. 

Minit ke 9 menyaksikan gerakan pantas Liverpool memberikan peluang buat Curtis Jones melepaskan rembatan padu ke gawang namun berjaya ditepis Kasper. 

Dua minit berselang, lorongan Firmino di hadapan petak penalti memberikan Jota peluang untuk melepaskan rembatan namun sekali lagi Kasper bertindak cemerlang menafikan percubaan itu. 

Liverpool tidak perlu menunggu lebih lama untuk menjaringkan gol pendahuluan apabila Jonny Evans tertanduk masuk gol sendiri pada minit ke 21 berpunca dari sepakan sudut James Milner. 

Seminit selepas itu Liverpool hampir menggandakan gol apabila Jota menguis bola masuk hasil hantaran lintang pendek Robbo di hadapan gol namun pemain antarabangsa Portugal itu dipersalahkan akibat mengasari Kasper. 

Leicester cuba bangkit dengan serangan pantas dari half space kiri Liverpool menerusi Vardy namun rembatan susulan dari hantaran pemain itu untuk Barnes sipi dari pintu gol Liverpool. 

Liverpool terus mengasak dari situasi bola mati, dengan tandukan Matip hasil sepakan sudut hanya sipi di pintu gol Leicester pada minit ke 26.

Perlawanan menjadi rancak dengan Liverpool melakukan serangan bertali arus tanpa belas kasihan, dengan sekali lagi Matip memberikan peluang untuk Liverpool melebarkan gol pada minit ke 32 hasil sepakan percuma luar petak namun Firmino sedikit terlambat untuk menguis bola masuk.

Liverpool berjaya melebarkan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu tandukan glancing oleh Jota menewaskan Kasper di minit ke 42 hasil daripada hantaran lintang Robertson. 

Seminit selepas itu, Tielemens cuba merapatkan kedudukan menerusi rembatan luar petak penalti namun ditepis Alisson. 

Bersambung babak kedua, Liverpool seolah olah tidak mengendurkan serangan namun terus mengasak kubu Leicester. 

Minit ke 46 menyaksikan satu hantaran lintang Robbo ke near post disambar Jota namun kuisannya tinggi melewati palang. 

Liverpool terpaksa melakukan pertukaran awal di minit ke 51, apabila Keita mengalami kecederaan dan dikeluarkan dengan digantikan oleh Neco William bagi menbolehkan Milner ke posisi tengah. 

Namun Liverpool masih buas menyerang dengan Mane melepasi kawalan Fofana dan melepaskan rembatan ke gol tetapi Kasper bertindak cemerlang menepis sebelum bola dikeluarkan Fuch di hadapan gol pada minit ke 54. 

Selang dua minit, Jota melepaskan rembatan luar petak dan ditepis Kasper namun follow up Firmino selepas itu terkena tiang dan dikeluarkan pertahanan Leicester. 

Giliran Alisson bertindak cemerlang di hadapan gol pada minit ke 61, apabila sepakan percuma Leicester cuba dikuis Vardy di hadapan gol tetapi ditepis Alisson dan follow up oleh Barnes juga sempat ditepis beliau. 

Memasuki 15 minit terakhir perlawanan, Firmino melepasi kawalan Fofana dan melepaskan rembatan melepasi jangkauan Kasper namun terkena tiang, dan kuisan follow up beliau juga dikeluarkan di atas garisan dengan rembatan susulan Mane juga ditepis selepas itu dan terkena tiang. 



Kekecewaan buat Bobby pada awalnya namun berakhir apabila beliau menanduk masuk gol ketiga Liverpool hasil sepakan sudut pada minit ke 86 bagi memastikan Liverpool sangat selesa untuk meraih 3 mata. 

Kesempatan itu dilakukan Klopp untuk mengeluarkan Mane dan Firmino dan seterusnya digantikan dengan Minamino dan Origi namun Leicester akur dengan kekebalan sang juara di halaman sendiri pada hari ini. 

ADMIN

Liverpool kini berada di kedudukan kedua liga, hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dengan Spurs. Apapun YNWA. 


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan