Skip to main content

Thiago Alcantara Bakal Terlepas Perlawanan Sepanjang Tahun Ini

Beliau mengalami kecederaan sejak Merseyside Derby pada Oktober lepas.


Dan Jurgen Klopp menjelaskan bahawa pemain itu mungkin belum dapat bermain hingga akhir tahun ini setelah menerima impak teruk yang menyebabkan beliau tidak dapat diturunkan. 

Thiago telah tersisih sejak Oktober lepas apabila diterjah keras oleh Richarlison hingga menyebabkan pemain itu dilayangkan kad merah. 

Meskipun beliau bermain hingga tamat perlawanan, Thiago menyatakan masalah pada lutut beliau selepas perlawanan. 

Thiago sebelum ini telah dilihat menjalani latihan ringan tetapi beliau tidak dilihat diturunkan dalam aksi sebenar hingga menyebabkan segelintir peminat risau bahawa beliau mungkin mengalami kecederaan serius. 

Difahamkan beliau tidak mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan, tetapi rawatan dan pemulihan beliau mengambil masa lebih lama untuk beliau. 

Jurgen Klopp mengakui bahawa Thiago mungkin tersisih untuk beberapa minggu lagi dan beliau dijangka boleh bermain pada awal Tahun Baru nanti. 

"Kami harus mengesahkan beberapa situasi terhadap Thiago".

"Pada hari yang sama Thiago mengalami kecederaan, kami juga mengetahui Virgil Van Dijk turut mengalami kecederaan teruk. Selepas imbasan dilakukan, kami mendapat satu berita buruk dan satu berita yang menyenangkan kerana tiada yang mengalami kecederaan patah, rosak atau sebagainya".

"Namun apa yang kami sedari, impak yang diterima Thiago itu amat kuat".

"Ianya tidak teruk dan beliau menjalani latihan dari semasa ke semasa, namun bukan sekarang kerana kami harus melalui pelbagai langkah demi langkah".

"Saya tidak dapat nyatakan bila beliau akan pulih sepenuhnya namun beliau masih memerlukan beberapa minggu".

ADMIN

Impak yang diterima itu terlalu kuat. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football