Skip to main content

Andy Robertson Bersedia Diturunkan Sebagai Pemain Pertahanan Tengah

Beliau bersedia mengisi kekosongan di posisi itu dengan Jurgen Klopp ketika ini masih berusaha menyelesaikan masalah tersebut. 


Virgil Van Dijk dan Joe Gomez telah tersisih akibat kecederaan lutut dalam jangka masa panjang dengan hanya Joel Matip sahaja satu satunya pemain pertahanan tengah buat masa sekarang. 

Matip juga telah pulih dari kecederaan beliau dengan pemain muda, Nat Phillips dan Rhys William telah diserap masuk ke dalam skuad utama buat masa sekarang. 

Klopp juga berharap Fabinho akan pulih menjelang perlawanan menentang Leicester City setelah sebulan tersisih berikutan kecederaan hamstring. 

Dengan Liverpool kini akan mengharungi 12 perlawanan dalam masa 42 hari, pengurus Liverpool itu dijangka akan melakukan penggiliran pemain dengan Robbo secara sukarela akan bermain di mana mana posisi yang diminta Klopp.

Menurut Robertson :

"Saya berfikir saya tidak pernah lagi bermain di posisi itu namun jika pengurus mahukan, saya akan bermain sebaik mana yang termampu".

"Di mana pengurus mahu saya bermain, saya akan bermain. Jika ianya menjadi pilihan untuk saya bermain, saya akan lakukan sebaik yang mungkin sepertimana di posisi lain".

"Posisi pertahanan tengah ini mengalami krisis setelah Virgil dan Gomez mengalami kecederaan. Fab dijangka kembali tidak lama lagi. Jika saya adalah pilihan untuk mengisi posisi itu, saya menerima dengan hati terbuka".

"Kesemua pemain di sini boleh bermain di pelbagai posisi dan cuba melakukan yang terbaik di posisi itu".

"Kami mungkin bermain di posisi yang berbeza kerana kami telah ditimpa pelbagai kecederaan dan tiada jaminan bahawa setiap rakan tidak akan tercedera sepanjang musim ini. Namun diharap mereka sempat cergas selepas ini dengan beberapa minggu lagi mungkin kami akan kembali dengan skuad yang lebih kuat".

Beliau juga mendedahkan situasi kecergasan beliau setelah dilaporkan mengalami kecederaan hamstring ketika bersama Scotland dalam perlawanan menentang Slovakia dalam UEFA Nation League. 

Tambah Robbo :

"Saya sudah cergas sekarang dan bersedia untuk bermain. Saya merasa bahagian hamstring saya sedikit sakit ketika menentang Man City dua minggu lepas".

"Dan saya mengharungi perlawanan selama 120 minit bersama Scotland pada Khamis minggu lalu".

"Pada Ahad lepas saya tidak bersedia kerana masih menjalani pemulihan daripada dua perlawanan itu. Namun itu semua bukanlah sesuatu yang dirisaukan".

ADMIN

Okay je ... Klopp memang suka pemain yang versatil. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan