Skip to main content

Lagenda Argentina Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun

Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.


Jurulatih pasukan Gimnasia sebelum ini dimasukkan ke hospital pada awal November, selepas mengadu diserang keletihan selepas sehari meraikan hari jadinya. 

Ujian susulan di salah sebuah klinik La Plata mengesahkan terdapat ketulan darah beku pada otaknya dan doktor mengesahkan bahawa pembedahan di otak beliau telah berjaya dilakukan. 

Maradona kemudiannya keluar dari hospital dan akan menjalani rawatan susulan sebagai pesakit luar dan ke destinasi kediaman peribadi di Tigres yang terletak di utara Buenos Aires. 

Namun pada pagi Rabu, beliau mengalami serangan jantung dan pakar perubatan gagal untuk menyelamatkan beliau ketika itu.

Maradona sebelum ini memulakan karier di Argentinos Juniors seawal usia 16 tahun dan dianggap antara pemain terbaik di dunia sepanjang zaman.

Kemudian beliau berhijrah ke Boca Juniors, Barcelona, Napoli, Sevilla dan Newell's Old Boys selaku pemain. Manakala beliau pernah menjadi ketua jurulatih Argentina serta menjadi jurulatih pasukan Racing, Dorados dan Gimnasia serta beberapa kelab lain.

Maradona antara pemain yang telah membawa Argentina untuk menjuarai Piala Dunia 1986, selaku kapten dengan menewaskan Jerman Barat dengan ketika itu pasukan Argentina di bawah bimbingan Carlos Bilardo.

ADMIN

Salam takziah kepada keluarga mendiang Maradona. Gone but not forgotten.

Sumber : Goal.com

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan