Jaringan penalti lewat perlawanan oleh Pascal Gross memastikan The Reds berputih mata untuk meraih 3 mata penuh di Amex Stadium.
Jurgen Klopp hari ini merombak kesebelasan utama dengan Sadio Mane direhatkan dan Joel Matip tidak disenaraikan namun Jordan Henderson kembali di bangku simpanan.
Manakala Adam Lallana pula disenaraikan di bangku simpanan Brighton.
Liverpool memulakan perlawanan dengan baik berbanding Atalanta, dengan Brighton terpaksa melakukan pintasan seawal minit pertama dengan Jota melepasi kawalan pemain Brighton dan disusuli hantaran lintang untuk Mo Salah.
Selang seminit selepas itu, hantaran jauh Fabinho menemui Mo Salah yang melakukan larian di hadapan gol namun rembatan padu beliau tersasar.
Namun minit ke 19, pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti setelah Neco menjatuhkan Connolly di dalam petak penalti tetapi sepakan penalti yang diambil Maupay tersasar dari gawang.
Liverpool terus berusaha mencari gol pendahuluan, dan berhasil menerusi tolakan Firmino kepada Mo Salah dan beliau membuka jaringan namun hasil penelitian VAR mendedahkan bahawa Mo Salah berada dalam kedudukan ofsaid terlebih dahulu pada minit ke 35.
Giliran Minamino melakukan percubaan luar petak pada minit ke 41 tetapi terus ke dakapan penjaga gol.
Bersambung babak kedua, Liverpool melakukan pertukaran dengan memasukkan Jordan Henderson untuk menggantikan Neco William dengan James Milner mengisi posisi bek kanan.
Minit ke 52, Danny Welbeck terlepas peluang keemasan untuk membuka jaringan apabila berjaya melepasi Fabinho dan melakukan cutback sebelum melepaskan rembatan namun tepat ke Alisson.
Dan Liverpool berjaya membuka jaringan di minit ke 59, apabila gerakan Robertson membuka ruang untuk Mo Salah melakukan hantaran untuk disempurnakan Jota.
Adam Lallana dimasukkan oleh pengurus Brighton pada minit ke 62, dan Mo Salah dikeluarkan selepas itu untuk Mane dimasukkan dengan pemain Egypt itu seperti tidak berpuas hati dengan keputusan pengurus Liverpool tersebut.
Namun peluang Lallana untuk menimbulkan masalah buat Liverpool terbantut apabila beliau turut dikeluarkan pada minit ke 70 berikutan kecederaan, dan James Milner mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukan beliau itu dengan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Curtis Jones.
Minit ke 80 menyaksikan Robbo terpaksa melakukan pintasan penting di hadapan gol dengan menanduk keluar bola melepasi palang dengan Welbeck dan Connolly berada di berdekatan beliau.
Liverpool sebenarnya berhasil memperolehi gol kedua apabila Mane menanduk masuk gol kedua, namun sekali lagi VAR membatalkan gol tersebut di minit ke 83 disebabkan ofsaid.
Menjelang babak akhir, Brighton diberikan penalti apabila VAR memberikan bukti bahawa Andy Robertson telah mengasari Danny Welbeck ketika perebutan 50 - 50, dan Trossard tidak melepaskan peluang itu bagi menyamakan kedudukan seterusnya menidakkan 3 mata penuh buat Liverpool hari ini.
ADMIN
VAR amat pelik buat masa sekarang. Namun we move on to next game. YNWA.
Comments
Post a Comment