Kedua dua pemain itu dijangka terlepas perlawanan menentang Ajax dan Wolves pada minggu hadapan.
Dan Klopp juga membidas kenyataan Chris Wilders sebelum itu yang melabelkan beliau sebagai ahli politik berkelas dunia di mana keinginannya untuk FA mengubah pertukaran pemain daripada 3 kepada 5 pemain dalam satu perlawanan.
Liverpool boleh menempah tiket ke pusingan kedua kalah mati UCL dengan sekurang kurangnya seri dengan Ajax sebelum melayani kunjungan Wolves beberapa hari kemudian.
Namun pengurus Liverpool itu mendedahkan Thiago dan Oxlade tidak akan bermain untuk kedua dua perlawanan tersebut.
Thiago tidak bermain sejak mengalami kecederaan lutut ketika menentang Everton pada 17 Oktober, dengan Oxlade pula mengalami kecederaan sejak musim panas lepas.
Menurut Klopp :
"Saya belum lagi memikirkan mengenai Ajax dan Wolves, namun mereka berdua tidak akan diturunkan".
Klopp kehilangan seorang lagi pemain dengan James Milner mengalami kecederaan hamstring hingga terpaksa dibawa keluar di separuh masa kedua.
Dan Brighton juga terpaksa membawa keluar dua orang pemain, Neil Maupay dan Adam Lallana berikutan kecederaan juga.
Dan Jurgen Klopp memberikan respon kepada kenyataan Chris Wilders berikutan keinginan beliau mahukan 5 pertukaran pemain pada musim ini dikembalikan.
Tambah Klopp :
"Jika perkara itu mengenai saya, saya tidak akan menyatakan apa apa mengenainya".
"Semuanya mengenai pemain. Brighton sendiri kehilangan 2 pemain meskipun mereka hanya bermain seminggu sekali".
"Bulan yang mencabar buat pasukan telah tiba. Termasuk Sheffield United - dan mereka akan lihat sendiri selepas ini".
"Buat kali terakhir saya jelaskan, 5 pertukaran bukan melibatkan pertukaran taktikal. Jika berlaku dalam perlawanan dan jurulatih menggunakan untuk taktikal ianya cuma tuah yang menyebelahi".
"Hari ini kami melakukan pertukaran di separuh masa kedua, kali kedua tidak lama selepas itu dan adakah kami cukup berani untuk melakukan pertukaran terakhir?"
"Jika kami dapat melakukan 5 pertukaran, sudah pasti saya akan mengeluarkan Andy Robertson dan memasukkan Kostas Tsimikas yang boleh bermain 15 hingga 20 minit".
"Kami tiada banyak pilihan buat masa sekarang. Ianya bukan jalan penyelesaian tetapi untuk membantu pemain".
"Apa yang Chris Wilders katakan, saya tidak hanya bercakap mengenai Liverpool".
"Beliau hanya bercakap mengenai Sheffield United, itu tepat. Beliau akui sendiri dalam mesyuarat pengurus namun saya bercakap mengenai semua pemain".
ADMIN
Jika diikutkan, tiga pemain dalam perlawanan Brighton - Liverpool dikeluarkan akibat kecederaan.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment