Kapten Liverpool itu sukar menerima kenyataan bahawa mereka hanya berkongsi mata dengan Brighton tetapi menjelaskan The Reds akan fokus untuk perlawanan seterusnya.
Liverpool menyaksikan dua gol mereka dibatalkan oleh VAR disebabkan ofsaid dalam perlawanan menentang Brighton meskipun mendahului menerusi gol Diogo Jota.
Namun begitu Pascal Gross menyamakan kedudukan di lewat perlawanan selepas VAR mendakwa Andy Robertson telah mengasari Danny Welbeck di dalam petak penalti.
Jordan Henderson berikrar untuk memberikan respon terbaik apabila bertemu Ajax dalam aksi UCL awal pagi Rabu ini.
Menurut Henderson menerusi Liverpool FC :
"Sangat mengecewakan, lebih lebih lagi ianya berlaku di lewat perlawanan. Sukar untuk diterima".
"Ianya nampak tidak adil buat kami, tetapi kami harus fokus untuk perlawanan seterusnya. Itu keputusan yang telah dilakukan, walaupun keputusan itu jelas amat tidak sepatutnya berlaku. Namun itulah yang terjadi".
"Saya tidak merasakan ianya memberikan impak teruk kepada kami. Ianya menjadikan kami lebih kuat sebagai salah sebuah pasukan. Apabila anda melalui tempoh sukar; gagal memenangi perlawanan, prestasi yang tidak tentu arah dan kemungkinan kecederaan - ianya menjadi kami lebih kuat".
"Kami harus menerima keputusan ini dan kembali ke landasan sebenar".
Hendo juga memberikan komen ke atas rakan sepasukan Diogo Jota, yang telah menjaringkan 8 gol dari 8 perlawanan terakhir liga.
Dan Hendo tidak meragui dengan keupayaan rakan sepasukan barunya itu.
Tambah Hendo :
"Jota menunjukkan prestasi cemerlang sejak beliau berada di sini. Ianya gol yang hebat, ianya sepatutnya menjadi gol kemenangan namun ia berlaku sebaliknya".
"Beliau memulakan musim dengan baik dan berharap ianya berterusan".
ADMIN
Jelas masih kecewa namun kehidupan harus diteruskan. YNWA Hendo.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment